Isteri hamil 5 bulan, Ryzal Duriankimchi rayu tak fitnah anak dalam kandungan Skip to main content

Isteri hamil 5 bulan, Ryzal Duriankimchi rayu tak fitnah anak dalam kandungan

Sejak semalam, isu pasangan influencer yang terkenal dengan saluran Duriankimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryamyunrrr teruk dikecam netizen susulan daripada keterlanjuran mengeluarkan kenyataan bersifat hinaan kepada pakaian tradisional masyarakat Iban.

Susulan daripada itu, pihak bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kaum Dayak telah membuat laporan polis terhadap pasangan ini kerana berasa kesal diatas gurauan keterlaluan Ryzal apabila menyamakan pakaian tradisi Iban seperti kain buruk dan alas TV.

Mohon maaf di Instagram

Namun, menerusi Instagram, Ryzal dan Maryam sudahpun memohon maaf diatas kata-kata yang dikeluarkan sehingga menyentuh hati banyak pihak.

Mohon maaf sekali lagi

Walau bagaimanapun, dia dan isteri masih lagi menerima pelbagai kecaman sehingga melibatkan anak yang dalam kandungan Maryam.

Sehubungan itu, Ryzal sekali lagi memuat naik permohonan maaf dengan berharap hal ini akan selesai dan akan membuat permohonan maaf secara langsung kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada waktu dan tarikh yang akan diberitahu kelak.

Rayu tak fitnah anak dalam kandungan isteri

Dia juga merayu kepada warganet supaya tidak melibatkan sama sekali anak dalam kandungan isterinya yang tidak bersalah. Janganlah ada mana-mana pihak yang membuat fitnah kerana anaknya masih lagi belum melihat dunia memandangkan Maryam baru hamil 5 bulan.

Ryzal juga memaklumkan dia memaafkan semua pihak yang telah mengeluarkan kata-kata kurang baik kepada bakal anaknya kerana sedar akan kemarahan mereka terhadap tindakan yang dilakukan.

Pasangan Malaysia-Korea yang popular dengan saluran Duriankimchi ini telah mendapat perhatian media sejak beberapa minggu lalu susulan menyentuh isu peguam ketika mengulas kontroversi selebriti terkenal, Neelofa semasa menghadiri mahkamah.

Tidak lama selepas itu, video Ryzal Ibrahim bergurau dengan isterinya yang sedang bersiap memakai pakaian tradisional Iban  benar-benar mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuklah golongan artis anak kelahiran Sarawak susulan tindakannya mengamakan baju itu seakan kain buruk.

Masing-masing merasakan tindakan Ryzal begitu keterlaluan kerana langsung tidak menghormati adat dan budaya masyarakat Sarawak apabila mengeluarkan kata hinaan kepada tradisi kaum mereka.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari