'Kalau dah atlet camtu, memang coach ambil mana yang sempat' - Komen jijik lelaki ini dikecam netizen, siap suruh bayangkan kalau anak dara pakai bikini di rumah Skip to main content

'Kalau dah atlet camtu, memang coach ambil mana yang sempat' - Komen jijik lelaki ini dikecam netizen, siap suruh bayangkan kalau anak dara pakai bikini di rumah

Atlet renang negara yang juga ibu kepada tiga anak, Cindy Ong baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah diganggu secara seksual selama beberapa tahun oleh jurulatih kebangsaan ketika dia masih berusia remaja. 

Cindy yang berasal dari Ipoh, Perak, pernah memenangi tujuh pingat emas di FINA World Championship Masters (bagi usia 35-39), mendakwa seorang jurulatih pernah menyentuh payudaranya ketika pergi ke luar negara untuk menyertai pertandingan.

Pada waktu itu, tiada media sosial untuk dikongsikan mengenai apa yang berlaku. Namun kini dia yang telah dewasa dan juga seorang ibu serta jurulatih, enggan kejadian yang seumpama itu berlaku kepada anak-anak atau perenang yang dilatihnya. 

Cindy bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi mahu menegaskan bahawa perkara seperti itu berlaku dan menuntut pihak berkaitan mengambil tindakan bagi menangani masalah gangguan seksual seperti itu

Ramai yang terkejut dengan pendedahan Cindy, tetapi ada segelintir netizen pula menyalahkan Cindy disebabkan pemakaiannya (pakaian renang) yang dianggap seksi.

"Biasalah tu, puyu pun boleh jadi jerung kalau dah athletes camtu. Memang coach tu tak ambil kesempatan, tapi dia ambil mana yang sempat. Bayangkan kalau anak dara pakai bikini dalam rumah. Agak-agak ayah kat rumah nak pandang je ke?" tulis Hisham Shafiei

Komen itu kemudian viral di media sosial dan dikecam teruk oleh netizen.

"Ketika meneliti ruangan komen, mata saya tertumpu pada satu komen yang sangat memalukan. Kenapa saya tak cover muka ataupun nama? Sebab individu ini sendiri membuat keputusan untuk meninggalkan komen sebegini dalam posting public. 

Lebih menyedihkan, dia sendiri ada anak dara. Di page siap quote surah ar-Rahman. What is he trying to imply here? What I'm feeling now is beyond mad. I'm actually in disgust! Perempuan yang berpakaian seksi bukan green light untuk orangg lelaki suka hati melempiaskan nafsu amarah. Dalam hal ini kalau dah ayah sendiri komen macam ni, how would you think anak lelakinya akan dicorakkan?" tulis Nuur Fatin Dini. 

Bagaimanapun, Hisham menjelaskan dia telah menjadi mangsa viral untuk individu terbabit bagi tujuan meletupkan sales. 

"Saya jadi mangsa, sebab nak letopkan sales. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah padanya. Cara yang salah digunakan untuk tarik trafik," tulisnya.

Dalam laporan MalaysiaKini, Cindy juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memuat naik komen berunsur lucah, bukannya menumpu kepada laporan berita yang menyatakan hasratnya memburu rekod dunia dalam laporan Harian Metro pada 13 Jun 2020. Golongan lelaki gila seks ini secara terbuka memarahi FB Harian Metro kerana tidak menayangkan 'gambar penuh'. 

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro, FB Nuur Fatin Dini, Hisham Shafiei

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari