Susulan peningkatan jangkitan wabak Covid-19, sebarang pergerakan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran PDRM tidak dibenarkan mulai esok. Tak cukup dengan itu, semua bazar di negeri yang berstatus PKP dibatalkan serta merta.
Ramai complaint pasal tak boleh raya…polis dedah realiti yang berlaku ketika bertugas
Rentetan itu, ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dan bersedih gara-gara tidak dapat pulang beraya minggu hadapan. Terpanggil dengan isu tersebut, seorang anggota polis yang prihatin ini berkongsi pengalaman tugasnya di TikTok. Sebelum ini, dia pernah ternampak sepasang suami isteri yang membawa seorang anak berusia 3 tahun untuk beli kelengkapan raya bersama-sama.
Sebelum masuk kereta tumbang tak sedar diri…namun akhirnya ajal akibat dijangkiti COVID-19
Menurutnya, si kecil terbabit tiba-tiba rebah serta langsung tidak sedarkan diri. Namun sewaktu di dalam ambulans, kanak-kanak berkenaan gagal diselamatkan dan puncanya adalah disebabkan terkena jangkitan COVID-19
@bapaknsuami0rang Reply to @_mizan14
♬ original sound - Bapak&SuamiOrang
Frontliner pun penat, raya tak dapat…Cuti banyak tapi masih tak dapat ambil
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat oleh anggota polis tersebut. Jelas mereka, jangkitan COVID-19 ini bukanlah sesuatu perkara yang oleh dibuat main-main. Malah mereka turut menasihatkan ibu bapa agar tidak bawa anak kecil ke tempat sesak sebegitu.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment