Selepas dakwa ‘dibuang’ 9 anak, menantu bersuara sikap sebenar ibu mentuanya... pusat jagaan respons tak sokong tindakan buka aib mak ayah Skip to main content

Selepas dakwa ‘dibuang’ 9 anak, menantu bersuara sikap sebenar ibu mentuanya... pusat jagaan respons tak sokong tindakan buka aib mak ayah

SETIAP kali menjelang Syawal, kita sering dihidangkan dengan kisah hiba warga emas yang menghuni pusat jagaan orang tua.
Lazimnya, kisah yang dipaparkan adalah berkisarkan sejarah kehidupan mereka sehingga terpaksa menghabiskan sisa-sisa masa yang ada di pusat berkenaan.
Secara tidak langsung, pasti terjentik perasaan sayu dan sedih apabila mengenangkan betapa sunyinya hari raya mereka tanpa keluarga tersayang di sisi.
Baru-baru ini, kisah seorang penghuni pusat jagaan warga emas menjadi tular di media sosial selepas disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan.
Menerusi laporan eksklusif yang diterbitkan, warga emas tersebut mendakwa dia diabaikan oleh anak-anaknya ketika menerima rawatan di hospital akibat terjatuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu.
Namun baru sahaja masyarakat bersimpati dan tersentuh dengan kisah warga emas berusia 83 tahun itu, seorang wanita tampil membuat perkongsian di media sosial.
Apa yang mengejutkan, selain mengakui warga emas itu sebagai ibu mentuanya, wanita tersebut dalam masa yang sama turut mendedahkan kisah sebenar dan menafikan dakwaan yang keluar daripada mulut ibu mentuanya itu.
"Bukan anak-anak yang buang dia tapi dia buang anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kami (anak-anak termasuk menantu) sering dimaki hina oleh dia. Suami saya, anak yang paling teruk kena hina sebab suami saya ini miskin, orang susah.
"Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus diperbetulkan," demikian antara coretan wanita berkenaan.
Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Pendedahan tersebut secara tidak langsung mengundang reaksi bercampur daripada pelbagai pihak.
Turut terpanggil untuk mengulas kisah yang sedang tular itu adalah Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas.
"Berdasarkan pengalaman kami bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rawatan kami pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan respon.
"Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media. Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain," demikian menurut perkongsiannya di Facebook.
Tambah pusat jagaan tersebut, sekiranya anak-anak tidak mampu menjaga orang tua mereka, apa yang perlu dilakukan adalah menyerahkan tugas tersebut kepada pihak yang sepatutnya, bukannya membuka aib.
"Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.
"Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita.
"Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat. Dunia sementara akhirat kekal selamanya," tulisnya lagi.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari