Melihat penularan wabak yang semakin meruncing saban hari di Malaysia, mahu atau tidak kerajaan terpaksa mengetatkan SOP pada tahap lebih maksima. Bukan saja risau dengan kewujudan varian baru, malahan lebih perit apabila tidak dapat menemui insan tercinta khususnya ibu dan bapa hingga nafaz terakhir. Sebenarnya sepanjang COVID-19 melanda, sudah banyak rakaman sedih yang tular di media sosial.
Anak-anak hanya mampu bertemu di ruangan video call sahaja
Rakaman membabitkan sebuah keluarga besar ini yang tular di Facebook sejak beberapa jam lalu turut meruntun jiwa ramai. Hanya mampu menghubungi menggunakan video call sahaja, si anak kedengaran menangis meraung-raung melihatkan keadaan ibu mereka yang nazak ketika itu.
Korang fikirlah letak diri dalam keadaan macam ni
Bukan itu sahaja, malahan masing-masing dengan suara sayu terus berdoa semoga ibu mereka diampunkan oleh Allah. Meskipun dilihat keadaan yang semakin tenat, mereka masih terus memberikan semangat agar insan berkenaan terus kuat untuk sedarkan diri.
Kalau oksigen level dah jatuh teruk, doktor buat video call untuk kali terakhir
Melalui pendedahan daripada seorang ahli keluarga, difahamkan anak-anak tidak dibenarkan masuk untuk melawat ekoran pematuhan terhadap prosedur pusat perubatan. Sayu untuk diterima, warga emas berkenaan telah pergi buat selamanya dan jasadnya sudah pun diuruskan.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment