Untuk Duit RM1 Lama. ADUN Jeram Buat Tawaran Sampai Warganet Teruja Dgn Hantaran Status Di Facebook YB Skip to main content

Untuk Duit RM1 Lama. ADUN Jeram Buat Tawaran Sampai Warganet Teruja Dgn Hantaran Status Di Facebook YB

Tentunya sesiapa pun akan teruja bila ada yang menawarkan RM1,000 bahkan jumlahnya boleh meningkat hingga RM3,000 kepada anda yang mempunyai sekeping wang RM1. Boleh dikatakan itu tawaran yang berbaloi dan hebat.

Melalui statut yang dihantar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli akaun FB miliknya, tentunya menarik perhatian umum. Beliau menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana individu yang mempunyai sekeping wang RM1 yang ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Tambahnya lagi, jumlah itu akan meningkat kepada RM2, 000 hingga RM3, 000 sekiranya keadaan wang kertas RM1 tersebut masih dalam keadaan baik dan sempurna.

“Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang anda ada. Kalau ada tandatangan sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1, 000.

“Kalau keadaan cantik, saya beli dengan Harga RM2, 000 dan kalau lagi cantik saya beli dengan RM3, 000,”

“PM ye kalau ada,” Ujarnya yang memuat naik status ini pada 19 May yang lalu

Status itu menerima pelbagai reaksi tanda suka, komen dan perkongsian. Bahkan tidak hairanlah hantaran terbabit mendapat perhatian warganet selepas ia tular di media sosial.

Ramai warganet juga ada menunjukkan koleksi wang lama yang disimpan mereka di ruang komen.

Sudah lama kumpul duit lama

“Salam Rakan2 FB. Habis Viral Isu RM1 T.Tangan Gabenor Ali Abu Hasan. Untuk Makluman Semua Saya Kumpul Duit Lama Ini Sudah Hampir 20 Tahun.

Ramai Yang Tak Tahu Hobi Ini Mempunyai Peluang Pendapatan Yang Tinggi. Contohnya Ada Kwn Saya Ni… Dia Berkerja Sebagai Kerani Biasa Di Agensi Kerajaan, Tetapi Pendapatan Bulanannya Lebih 10k.Saya Hanya Fokus Duit Negara Kita Sahaja. Tidak Seperti Orang Lain Yang Mengumpul Duit Semua Negara. Ramai juga Tidak Tahu 3 Tahun Lepas Bank Negara Kita Ada Keluarkan Duit RM60 & RM600. Kini Harganya Sudah Cecah 50K. Sini Saya Kongsikan Koleksi Duit Saya Untuk Anda Lihat Sendiri Duit2 Lama Negara Kita. Terima Kasih”

RM1 dijual RM12,000

Petaling Jaya: Empat siri pertama wang not menjadi buruan ribuan ahli numismatik atau pengumpul wang lama disebabkan mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

Menurut ahli numimastik yang berpengalaman 10 tahun, Muhammad Ibrahim Hassan, harga itu boleh melonjak kepada lima angka bergantung keadaan wang nota itu selain nombor siri yang ‘cantik’.

“Paling diburu dan mempunyai nilai ketika ini ialah wang not siri pertama hingga keempat iaitu wang yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) kedua, Tun Ismail Mohd Ali dan Gabenor BNM ketiga, Tan Sri Datuk Abdul Aziz Taha.

“Saya pernah menjual wang RM1 nombor siri rendah iaitu 100 ke bawah sebanyak satu set pada harga RM12,000. Itu kira-kira dua tahun lalu dan dijangka boleh naik sekitar RM2,000 lagi jika terjual pada hari ini.

“Namun untuk tentukan terlalu subjektif hanya ahli numismatik atau ‘pemain’ ada pengalaman tahu pasang surut nilai pasaran mengikut permintaan semasa,” katanya.

Menjelaskan antara keempat-empat siri itu, siri pertama dan siri keempat adalah paling sukar dicari dan pengumpul wang lama berlumba-lumba menjadikan ia koleksi mesti dimiliki terutama mempunyai nilai nombor siri terendah

MUHAMMAD Ibrahim Hassan. FOTO ihsan Muhammad Ibrahim Hassan

Kata Muhammad Ibrahim lagi, selain kriteria itu memberi nilai tinggi apabila dijual kepada ahli numismatik, nilai wang lama boleh berubah berdasarkan beberapa aspek lain antaranya situasi ketika wang itu dikeluarkan selain penilaian berdasarkan gred oleh syarikat tertentu yang memiliki kelayakan seperti Paper Money Guaranty (PMG) berpangkalan di luar negara.

“Kebanyakan orang menyangkakan duit lama mempunyai nilai tinggi, tetapi ada ketikanya wang not baru iaitu sekitar 1990-an mempunyai nilai tinggi berbanding wang lama.

“Pengalaman saya seperti menjual wang not RM1 dengan tandatangan Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaimani pada keadaan biasa sudah mencecah RM2,600.

“Wang not RM1 itu ditarik balik daripada pasaran kerana tandatangan sepatutnya pada wang kertas adalah Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar yang menjadi Gabenor BNM pada waktu itu,” katanya.

Ketika ini, Ibrahim memiliki lebih 500 koleksi wang lama dan sentiasa mengemas kini koleksi wang not mengikut permintaan pasaran dan jumlah siri yang unik.

“Bagi kami, untuk jumpa wang not bernilai ibarat satu kepuasan dan bergantung kepada rezeki. Baru-baru ini saya mendapat wang not RM1 daripada edisi awal dengan nombor siri solid iaitu 444 dan sudah mempunyai pembeli sedia menunggu pada harga sekitar RM2,000,” katanya.

Sumber : Shaid Rosli

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari