(Video) 'Dia lempang kepala saya guna sayur' - Wanita buat laporan polis, dakwa dikasari peruncit dipercayai warga asing Skip to main content

(Video) 'Dia lempang kepala saya guna sayur' - Wanita buat laporan polis, dakwa dikasari peruncit dipercayai warga asing

Kepala seorang wanita dilempang dengan seikat sayur oleh juruwang di sebuah kedai runcit, hanya kerana mempertikaikan perbezaan harga air tin yang dibeli berbeza dengan tanda harga asal. 

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku pada jam 5.15 petang Selasa lalu di sebuah kedai runcit di bawah Block C PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.

"Saya menyuruh anak saya berumur 11 tahun membeli minuman F&N Strawberry di kedai runcit itu. Apabila anak saya sampai di rumah, anak beritahu bahawa harga air tin itu RM2.90, sedangkan harga sebenarnya RM2.50 seperti yang tertera pada label botol tersebut. 

"Saya tidak berpuas hati dengan harga itu, lalu turun ke kedai runcit untuk berjumpa dengan pemiliknya. Saya telah berjumpa dengan seorang lelaki yang bangsanya tidak pasti dan bertanya, kenapa naikkan harga minuman sedangkan harga pada label botol adalah lain.

"Dia tidak menjawab, sebaliknya memarahi saya dan terus mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'bodoh'. Ketika itu, saya ada mengambil rakaman dan dia secara tiba-tiba naik angin lalu melempang kepala saya menggunakan sayur," katanya seperti yang terkandung dalam laporan polis dibuatnya. 

Sementara itu, adik mangsa, Hanim, mempertikaikan bagaimana lelaki yang dipercayai warga asing itu boleh memiliki kad pengenalan. 

"Barua ni smashed kepala kakak aku dengan sayur pasal caj harga air minuman tidak mengikut ketetapan harga yang tertera pada label. Barua ini ada kad pengenalan. Macam mana warga asing boleh dapat IC? 

"Sebagai pengguna, kita ada hak untuk mempertikaikan walaupun perbezaan harga sepuluh sen. Patutnya kita luku kepala dia, ini tidak, kepala kita pula dia luku. Sakit pula hati kita wak. 

"Jangan sampai aku panggil tok singa pi pukul dia. Very the samseng in my country ye Siap kau. KPDNHEP tolong ambil tindakan," tulis Hanim. 

Sumber: Facebook Hanim Abd Aziz

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru