Kita semua sedia maklum bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh food riders ketika sedang bekerja, antaranya adalah seperti faktor cuaca ekstrem dan risiko nahas jalan raya. Namun tak dinafikan, sesetengah daripada mereka tetap menjaga akhlak dan hubungan baik dengan Maha Esa walaupun masih perlu hantar makanan kepada para pelanggan tepat pada masanya
Order makanan…Lepastu abang food rider minta tumpang solat
Menerusi Tiktok baru-baru ini, gadis bernama Yaya ini menceritakan pengalaman bertemu dengan seorang penghantar makanan yang cukup baik. Lepas selesai hantar tempahan makanan, pemuda tersebut kemudiannya minta izin untuk tunaikan solat seketika.
Gadis akui dah jatuh hati terhadap akhlaknya…tapi minta maaf kalau dah dimiliki orang
Perkara itu secara tidak langsung menyebabkan gadis tersebut ‘cair’ serta jatuh hati dengan akhlak yang dimiliki oleh lelaki tersebut. Dia malah siap tunggu di luar rumah untuk berikan ruang kepada penghantar makanan itu beribadat. Dalam pada itu, Yaya juga meminta maaf siap-siap seandainya food rider berkenaan sudah dimiliki orang.
@yayaw.18 Maaf. Jika dia adalah partner awak 🥲
♬ original sound - Takdirmudzra - Chill🤙🏻💩
Lelaki yang jaga solat memang bikin melting teruk…respect juga sebab duduk luar
Selain itu, rata-rata netizen turut memuji gadis berkenaan kerana sanggup menunggu di luar demi menjaga batas pergaulan dengan lelaki yang bukan mahram. Secara keseluruhan, video ringkas tersebut telah meraih hampir 900 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment