[VIDEO] Konon Suami Nak Surprise Rantai Emas, Sekali ‘Terjongket’ Bibir Isteri Skip to main content

[VIDEO] Konon Suami Nak Surprise Rantai Emas, Sekali ‘Terjongket’ Bibir Isteri

Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya teruja dan bahagia apabila mendapat kejutan istimewa, lebih-lebih lagi daripada suami tersayang. Hakikatnya nilai sesuatu barang itu bukanlah tanda pengukur kebahagiaan, sebaliknya usaha gigih yang diusahakan pasangan demi menghargai segala pengorbanan suri hati sepanjang melayari perkahwinan bersama

Konon nak buat surprise…hadiahkan isteri rantai emas 

Samalah seperti seorang suami yang berhasrat ‘diam-diam’ ingin hadiahkan seutas rantai emas buat isterinya. Pada awalnya pasangan suami isteri dari Indonesia tersebut dilihat seperti adegan romantik, namun tak disangka-sangka alhirnya bertukar jadi situasi lucu pula.

Silap tak buka cangkuk dulu…makin ditarik makin ‘tersangkut’ mulut bini 

Memandangkan dia sedang buat kejutan itu dari arah belakang, maka si suami tidak nampak apa yang berlaku dari pandangan kamera. Sewaktu rantai emas tersebut cuba disarungkan, tak semena-mena ia boleh tersangkut pula pada bibir isterinya sekali gus mengundang gelak tawa orang sekeliling. Paling mencuit hati, lelaki tersebut malah tarik lagi rantai yang sudah bercangkuk tersebut apabila ia tidak muat masuk kepala.

@rickyrikardo0

TUH KAN NYANGKUT 😂 #fyp #tiktok #RambutMaksimal #nurul

♬ original sound - RICKY RIKARDO

Baru nak sweet dah terjongket mulut…muka makcik tetap tenang 

Walaupun niatnya sweet, tetapi rata-rata netizen nyata gagal menahan diri terhibur melihat babak lucu dalam video itu termasuklah reaksi pasrah isterinya. Secara keseluruhan, video viral itu telah meraih lebih 2 juta tontonan di aplikasi TikTok.


Sumber: viralnewupdates

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari