Pulang beraya di kampung bersama ahli keluarga adalah perkara yang amat dinanti-nantikan buat semua orang. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang terutamanya seperti membuat ketupat, rendang, kacau dodol dan lain-lain. Namun semuanya berbeza sejak tahun lalu lagi di mana ramai harus beraidilfitri di perantauan dek kerana PKP yang bagai tiada penghujung.
Sedih tak dapat balik raya kampung…sebak dapat hadiah kiriman keluarga
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman milik @matd97 yang memaparkan kesedihannya kerana tidak dapat pulang beraya gara-gara sekatan rentas negeri. Namun pemuda tersebut menjadi semakin sebak setelah melihat barang kiriman keluarganya daripada kampung.
Ingatkan dapat baju raya je…terus menitis air mata nampak sejadah pemberian ibu
Pada awalnya dia memang sudah menjangka pemberian barang-barangan raya seperti baju Melayu, kuih raya serta kain samping. Pun begitu, tidak disangka ada satu hadiah lain yang membuatkan air mata lelakinya lantas luruh. Menurut lelaki tersebut, sebab utama yang membuatkannya sedih adalah pemberian sejadah daripada ibunya.
@matd97 Dapaat Kirim Dari Kampung “rasa sebak gila pagi2 Buka Kotak Adaaðð ...” #rayadiperantauan #rindukeluarga
♬ original sound - KassimSelamatð§
Tahun ni ramai terima nasib yang sama…sedih dah 2 tahun tak beraya kat kampung
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan sangat memahami akan perasaan yang dilalui oleh lelaki tersebut. Malah ada juga yang menitipkan pesanan supaya dir terus sabar dan bersemangat.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment