Wanita Kecewa Suami Baru Tak Suka Anak Tiri, Hanya Beri Layanan Pada Anak Kandung Skip to main content

Wanita Kecewa Suami Baru Tak Suka Anak Tiri, Hanya Beri Layanan Pada Anak Kandung

Jika sudah berniat untuk berkahwin dengan ibu tunggal, si lelaki perlu memikul tanggungjawab baru termasuk ikhlas menerima dan menjaga anak-anak tiri yang hadir dalam kehidupannya.

Berbeza dengan nasib seorang wanita di Indonesia ini @mastaammybilqis yang memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu, namun suami barunya seolah-olah tidak gemar memberikan kasih sayang terhadap kanak-kanak tersebut.

Menurut wanita itu, suaminya lebih memberikan perhatian kepada cahaya mata mereka yang baru dilahirkan berbanding melayan si anak tiri yang berusia dua tahun berkenaan.

“Cintai dulu anaknya, baru kau cintai ibunya…”

@mastaammybilqis

Ingat para lelaki jgn menikahi janda beranak lw kau tak terima anak nya🥺🥺🥺 cintai dulu anak nya baru kau cintai ibu nya🙏

♬ original sound - Mr.Andreandra

Menerusi perkongsian sebuah video TikTok, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu sedang bermain dan melayan kerenah bersama si adik, siap beri ciuman di dahi lagi!

Tapi secara tiba-tiba bapa tirinya meninggikan suara, lalu membuatkan kanak-kanak tersebut terus terdiam umpama ‘patung’ dan tidak lagi menyentuh adiknya.

Kecik2 dah kena marah…

Di penghujung video, @mastaammybilqis turut menyatakan mengenai perpisahan apabila memilih untuk bersama zuriat tercinta berbanding kekal bersama suami yang tidak boleh menerima anaknya.

“Saya bukan wanita bodoh, lebih memilih berpisah daripada suami. Kalau dia tak boleh menerima anak saya, jangan pernah mengenal saya,” tulisnya.

Sumber: borakdaily

Comments

Popular Article

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru

Selepas Mencarut Dekat Clkgu Dan Buang Buku, Ada Lagi Satu Rakaman Budak Baru Habls SPM Buat

Apabila tamatnya sesi persekolahan, setiap murid ada cara tersendiri dalam meraikan kebebasan itu. Pada hari terakhir atau biasanya disebut last paper, murid-murid pastinya akan merakam foto kenangan bersama rakan mereka. Malah, ada yang turut menconteng un.iform sekolah mereka dengan pelbagai lukisan, tandatangan dan kata-kata. Dalam minggu ini, kita melihat perangai pelajar selepas SPM yang boleh dikatakan biadap menjadi perbualan masyarakat Internet. Ada pelajar yang menconteng bajunya dengan kata-kata kesat dan ada yang membuang buku di sungai. Saya tak akan bercakap tentang akhlak dan ilmu kerana akhlak sudah ditekankan serta diulas mereka yang lebih layak. Kali ini saya akan membincangkan tentang perbuatan menconteng baju seragam sekolah selepas tamat belajar. Di sekolah saya sendiri ramai yang buat budaya ini. Saya sendiri tidaklah, nanti ibu dan ayah marah sebab buat perkara tak berfaedah. Perbuatan menconteng itu sendiri salah sebenarnya dan itu merupakan antara titik permulaa