Sudah berbulan-bulan larangan merentas negeri dilaksanakan ekoran wabak COVID-19 yang ibarat tidak nampak surutnya. Hakikatnya, ramai yang tertekan dilanda kerinduan apabila tidak dapat bersua muka dengan keluarga di kampung halaman. Bukan sahaja orang dewasa, malahan ia turut dirasai oleh kanak-kanak Budak-budak tak fahamkan…Dia ingat kita ni tipu-tipu Kalau yang sudah dewasa mudah untuk faham kenapa larangan tersebut perlu diteruskan, namun pasti sukar untuk menjawab soalan daripada anak-anak kecil mengenai perkara itu. Itulah dilema yang dilalui Puteri Nur Farahanum apabila anak lelakinya sering mengajaknya untuk pulang ke kampung. Bila kau dah rindu sangat dengan atuk dan nenek….Berani nak cakap dengan polis sendiri minta kebenaran Gara-gara sudah tiada arah untuk memujuk, wanita ini membiarkan anaknya untuk bersemuka sendiri dengan pihak polis. Selepas membawanya ke balai, kanak-kanak tersebut begitu berani minta izin untuk balik bertemu datuk dan neneknya. Walau bagaimanapun, a
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia