Zaman teknologi canggih sekarang, sudah banyak kali ‘kantoi’ kisah penipuan menerusi gajet masing-masing. Depan mungkin nampak baik, tapi hati wanita atau gadis mana yang tak berkecai apabila dapat tahu pasangannya diam-diam berbohong.
Rasa tak sedap hati overthinking…ternampak satu apps pelik
Baru-baru ini, tular di Instagram mengenai luahan kecewa seorang gadis susulan terbongkarnya ‘rahsia gelap’ teman lelaki. Sepanjang 7 tahun berkenalan, Nurul Najwa mendakwa pinjam telefon pintar pemuda tersebut untuk siapkan assignment baru-baru ini. Kemudian, dia ternampak satu aplikasi yang agak meragukan, sekali gus cuba membukanya untuk ambil tahu bagaimana ia berfungsi.
Tak sangka orang yang percaya selama ni sanggup buat aku macam takda hati & perasaan..
Namun alangkah luluh hatinya sebaik melihat gambar serta klip video lelaki terbabit pernah date bersama kira-kira 12 orang gadis lain. Bukan sahaja rasa tertipu, malah Najwa akui sedih mengenangkan hubungan erat yang sudah terjalin antara keluarganya selama ini. Justeru, dia turut menasihati wanita lain agar berhati-hati dengan lelaki yang mungkin ada karakter tidak enak sebelum berkahwin.
Lebih baik kumpul pahala daripada kumpul dosa..
Selain netizen, antara yang turut terpanggil mengulas isu tersebut adalah selebriti terkenal Caprice. Tidak mengambil pendekatan untuk mengecam, sebaliknya penyanyi rap dan usahawan ini kongsi teguran umum buat semua lelaki di luar sana agar lebih baik mengejar pahala daripada mengumpul dosa.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment