Tak dinafikan, jenayah melibatkan kenalan terdekat atau keluarga sendiri memang sangat menyakitkan. Gara-gara tekanan emosi melampau, ia sekali gus boleh mengundang tindakan di luar kawalan seseorang. Samalah seperti kisah tragis yang menimpa seorang suspek di Indonesia baru-baru ini
Isteri diperkosa oleh bekas majikan…ugut ancam keluarga kalau rahsia terbongkar
Isteri suspek yang cuma dikenali sebagai LS mengaku kepada wartawan tempatan bahawa dirinya sudah 2 kali diperkosa oleh seorang lelaki, A. Kali pertama ia berlaku pada bulan puasa sewaktu suaminya bekerja, kemudian terjadi lagi selepas raya. A turut mengancam hidup mereka sekeluarga sekiranya aktiviti tak bermoral itu didedahkan kepada suaminya
Tak tahan kena perkosa lagi, nekad beritahu suami…suspek cuma minta isteri sabar
Paling menyakitkan hati, A juga sempat memujuknya untuk berpisah dengan suami (RD) serta berjanji akan menikahinya. Gara-gara tidak tahan lagi, LS ambil keputusan berterus-terang kepada pasangannya. Waktu itu, RD hanya memeluk isteri dan mintanya bersabar sejurus mengetahui kejadian tersebut.
Senyap-senyap tikam pemerkosa isteri…akhirnya bakal ke tali gantung
Walau bagaimanapun, LS tidak menyangka bahawa pemerkosanya ajal di tangan suami sendiri pada 10 Jun lalu. Terdahulu, suspek mengajak A yang juga bekas majikannya minum tuak di sebuah rumah sewa. Apabila sudah khayal, RD ambil kesempatan itu untuk menikamnya sebanyak 13 kali sebelum diberkas pihak polis selang beberapa jam kemudian. Menerusi perkembangan terkini, suspek bakal dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahannya
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment