Mukah: Kanak-kanak lelaki 8 tahun yang dilaporkan hilang selepas jatuh di sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Engkerbai, Selangau di sini Selasa lalu, ditemukan mati lemas, hari ini.
Mayat Muhammad Danish Muhammad Zamrie ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, mayat ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dikatakan terjatuh.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal menemui kesan luka dipercayai gigitan haiwan di lengan kiri dan kanan mangsa.
“Selepas ibu bapanya membuat pengecaman, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk dibedah si4sat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Lebih memilukan, arwah adik Danish sempat meninggalkan sekeping nota mengatakan bahawa dia mahu mandi sungai. Nota tersebut amat meruntun hati semua.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan 0perasi (PGO) Jabatan B0mba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi, Selasa lalu.
Berikutan itu, 6 anggota dari BaIai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau, dikerah ke lokasi dan mengaktifkan 0perasi mencari dan menyelamat (SAR).
“0perasi SAR turut dibantu 7 angg0ta dari Un1t Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Sungai Merah, Sibu.
“4 anggota poIis dan 8 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut serta dalam 0perasi itu,” katanya.
Salam takziah buat Puan Ita sekeluarga atas pemergian anak tersayang. Semoga kuat dan tabah dengan ujian ini. Adik Danish tunggu di syurga. Al fatihah.
Comments
Post a Comment