Menjaga anak-anak kurang upaya bukanlah satu perkara yang mudah dan perlu pemerhatian cukup rapi supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini. Kadang-kadang kehilangan mereka walaupun sekejap boleh membuatkan ibu bapa terus paranoid.
Anak lesap tiba-tiba waktu ibu beli makanan…Ada yang bagitahu nampak naik kereta lain
Perasaan sama turut dilalui seorang ibu ini apabila kehilangan anak kesayangannya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) sewaktu sedang membeli makanan. Wanita berkenaan terus panik mencari remaja itu ke merata tempat sebelum dimaklumkan telah menaiki sebuah kereta lain.
Ingat anak dah kena bawak lari terus…Hampir pemandu nak kena belasah dengan orang awam
Gara-gara menyangka anaknya telah pun dilarikan, wanita tersebut sempat membuat laporan polis sebelum kenderaan berkenaan dijumpai oleh orang awam. Pemandu tersebut yang juga seorang warga emas hampir dibelasah teruk selepas kenderaannya ditahan di tengah jalan.
[TERKINI] Satu video tular dikatakan berkait kes cubaan culik kanak-kanak OKU di Saujana Rawang.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 26, 2021
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Bin Mohamed berkata, kes dalam siasatan.
Fakta kes menyusul...@501Awani #AWANInews pic.twitter.com/MyU0iYe1zx
Rupa-rupanya berlaku salah faham sahaja…Warga emas tumpangkan dengan niat nak bantu
Namun siasatan mendapati telah berlakunya salah faham di antara kedua-dua pihak. Pak cik berusia 80 tahun itu hanya menumpangkan remaja berkenaan dengan niat untuk membantu. Susulan itu, laporan polis mengenai kehilangan si anak akhirnya telah ditarik balik oleh ibunya.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment