“Kenapa takda orang nak kat aku, tak cukup cantik ke?” Barangkali itu antara persoalan yang tercetus apabila seseorang merasakan begitu lambat jodohnya tiba. Sebagaimana rezeki, setiap individu ada pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut.
Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut…biarlah macam ‘bodoh-bodoh’ sikit
Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad dikecam apabila mengulas isu lambat dapat jodoh. Menerusi sebuah video, pakar mata tersebut berpendapat setiap wanita tak boleh terlalu berdikari dan kena tunjuk sikap perlu bantuan daripada lelaki. Jika tidak, secara tidak langsung wanita tersebut akan lewat tiba jodohnya.
weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP
— mouse (@emptyshadoww) June 8, 2021
Maaf, tapi ibu tak besarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ depan lelaki sebab nak jumpa jodoh
Namun begitu, ayat saranan beliau di hujung sesi perkongsian itu telah menimbulkan kontroversi serta kemarahan ramai. Antara yang turut mengkritik saranan beliau adalah figura perubatan terkenal, Dr. Amalina Che Bakri. Ujarnya, mesej yang disampaikan oleh Prof Datuk Dr Muhaya kurang tepat kerana setiap wanita tidak sepatutnya tunjukkan mereka tidak pandai depan lelaki dengan tujuan semata-mata untuk memikat mereka.
Ia adalah penghinaan kepada lelaki & wanita…jadi diri sendiri saja, nanti jodoh tiba
Tambah Dr Amalina lagi saranan tersebut seolah-olah suatu bentuk ‘penghinaan’ terhadap bukan sahaja wanita, malah terhadap golongan lelaki. Justeru daripada ‘menjatuhkan maruah’, beliau menyeru orang ramai supaya jadi diri sendiri sahaja dan jodoh akan hadir bila tiba masanya.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment