Hidup Dengan Wang Simpanan, Restoran ‘Steamboat’ Ditutup Demi Keselamatan Pekerja – Haqiem Rusli Skip to main content

Hidup Dengan Wang Simpanan, Restoran ‘Steamboat’ Ditutup Demi Keselamatan Pekerja – Haqiem Rusli

Penyanyi popular, Haqiem Rusli berkongsi di mana dia kini banyak bergantung dengan wang simpanan memandangkan tawaran nyanyian berkurang dan restoran miliknya terpaksa ditutup sementara.

Namun begitu, Haqiem tetap meluahkan rasa syukur menerima beberapa tawaran untuk membuat review di Instagram untuk menambah pendapatan.

“Tipulah kalau tidak terkesan sepanjang pandemik ini. Tawaran nyanyian sudah tidak serancak sebelum ini, malah restoran juga saya terpaksa tutup sementara waktu.

“Sekarang ini saya cuma mengharapkan wang simpanan yang ada. Selain itu, saya juga ada beberapa komitmen untuk ulasan dan kempen produk di media sosial.

“Jadi sedikit sebanyak dapatlah menampung kehidupan sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh hingga 14 Jun ini,” katanya.

Menurut Haqiem lagi, walaupun terpaksa menanggung kerugian namun dia mengambil keputusan menutup sementara restoran miliknya SanThai Village demi keselamatan pekerja serta ahli keluarganya.

“Walaupun terpaksa menanggung kerugian apabila kedai tidak beroperasi, tapi demi keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarga saya percaya ini adalah langkah terbaik.

“Lagipun saya tidak mahu ahli keluarga saya keluar rumah untuk bekerja. Kami sekeluarga memang duduk rumah saja sekarang kerana keadaan Covid-19 amat membimbangkan.

“Apabila sudah reda nanti, barulah kami kembali beroperasi. Soal nasib pekerja, kami akan cuba cari jalan untuk membantu mereka dalam waktu sukar ini,” katanya.

Haqiem yang popular dengan lagu Lembah Kesepian, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun ini mengambil masa selama tiga bulan untuk membuka restoran yang menu utamanya adalah steamboat.

“Sebenarnya saya buka kedai ini untuk masa depan sebab dalam bidang nyanyian ni tak menjanjikan yang kita akan terus berada di atas. Mungkin kalau umur kita dah tua, waktu itu tak ada job, siapa tahu.

“Saya takut, tak tahu apa yang akan terjadi pada masa mendatang, jadi saya buka kedai ini untuk back up plan dan masa depan saya, untuk hari tua saya. Jadi ada bisnes untuk saya buat.

“Perancangan ini dalam masa tiga bulan, termasuklah mencari lokasi dan ubah suai kedai.

“Saya pilih SanThai Village sebab ia seperti suasana kampung dan santai tu macam relaks. Ejaan Thai tu merujuk kepada makanan steamboat,” jelas Haqiem yang mempunyai alasan tersendiri memilih steamboat.

“Saya pilih steamboat sebab bila saya dah cuba makan rasa tertarik pula. Lagi pun saya tengok ramai sekarang ini suka makan steamboat.

“Selalunya kuah steamboat adalah tom yam atau sup ayam, tapi di restoran saya kuah asam pedas sebab kami nak cari kelainan daripada kedai steamboat yang lain,” ujar Haqiem lagi yang kini sibuk menguruskan restoran jika tiada undangan nyanyian.

Restoran milik Haqiem ini terletak di Block H, Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada pukul 3 petang hingga 12 malam.

Hanya bayaran RM25 sahaja untuk seorang, anda boleh menikmati steamboat dan juga variasi makanan lain.

Sumber

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru