Tak dinafikan, ramai yang telah mengalami episod rindu serta kemurungan gara-gara terkandas jauh dari keluarga sepanjang PKP ini. Jika orang dewasa pun ada yang tidak boleh menanggung, bagaimana pula dengan nasib anak kecil?
Ebu pergi mana? Anak ini baru 2 tahun setengah…tapi dia juga faham erti rindu
Menerusi laman Facebook, reaksi seorang kanak-kanak yang merintih rindu terhadap ibunya telah meruntun jiwa ramai baru-baru ini. Menurut Puan Afiqqah Sani, si cilik berusia 2 tahun setengah ini memang sudah lama tidak bertemu dengan dirinya. Tapi apakan daya, suami isteri PJJ seperti mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana rentas negeri masih belum dibenarkan.
2 bulan tak jumpa…kalau video call pun anak ini mengelak dari tengok wajah ibunya
Gara-gara sudah 2 bulan tidak bersua muka, anaknya yang bernama Muhammad ini malah akan mengelak jika diajak buat panggilan video bersama. Dia hanya mampu harapkan suaminya saja untuk tenangkan kanak-kanak tersebut setiap kali menangis rindu. Justeru, Puan Afiqqah berharap agar prosedur rentas negeri sekurang-kurangnya boleh diperhalusi kembali demi mempertimbangkan aspek pasangan PJJ.
Budak besar gini, bayangkan perasaan rindu dia macam mana…moga dipermudahkan urusan sekeluarga
Ruangan komen nyata dibanjiri reaksi sebak netizen yang memahami betapa peritnya rindu tak tertanggung, apalagi daripada anak kecil sepertinya. Selain memberi kata semangat, mereka turut mendoakan agar 2 beranak ini dapat disatukan semula.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment