Sering kita dengar keganasan rumah tangga yang berlaku di media sosial. Namun jika ia berlaku di sekeliling kita, apakah kita mampu untuk menghulurkan bantuan?
Dengar tangisan jiran dipukul suami
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna yang memakai nama akaun @nurbby_ telah melakukan satu tindakan bijak apabila segera membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga yang dipercayai berlaku berhampiran rumahnya.
Dalam video yang dikongsikan, jelas kedengaran suara wanita dan kanak-kanak meminta seseorang berhenti daripada terus memukul mereka.
@nurbby_ Dh bt report tnggu polis ja maiii..bpa kli dh bini dy kna pukoi bru ni berani nk bt report😌#fyp #fyppppppppppppp
♬ original sound - ℳ𝒾𝓈𝓈𝒹𝒶𝓎𝒶𝒽
Polis datang ‘angkut’ suami dayus
Tidak lama selepas @nurbby_ membuat laporan kepada pihak berkuasa, kereta polis tiba dihadapan rumah jirannya dan mendapati wanita tersebut dalam keadaan trauma selepas dipukul oleh suami.
@nurbby_ Sian kak tu...dy xbrani nk bt report🥲#fyp#fyp
♬ original sound - ℳ𝒾𝓈𝓈𝒹𝒶𝓎𝒶𝒽
Sering lihat wanita tu kena bantai dengan suami
Menerusi cerita daripada pemilik akaun TikTok berkenaan, suami kepada jirannya itu telah pulang ke rumah dan memukul isteri sehingga wanita itu menjerit kesakitan.
Perkara berkenaan juga bukan kali pertama berlaku dan sudah beberapa kali terjadi sehingga jiran tetangga berasa kasihan melihat wanita tersebut dan anaknya.
Semoga lelaki tersebut mendapat balasan setimpalnya. Diharap juga wanita yang menjadi mangsa dera suami tersebut diberi kekuatan untuk bangkit dan keluar daripada trauma yang dialami.
Oleh itu, sebagai jiran sikap ‘jaga tepi kain orang’ kadang kala harus dipraktikkan bagi mengelak sebarang kejadian yang lebih parah berlaku. Terima kasih buat jiran-jiran yang prihatin.
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment