Perkataan poligami sering membuatkan telinga wanita menjadi ‘panas’ dan tak senang duduk. Mana tidaknya, bukan semua golongan Hawa mampu berkongsi suami sendiri dengan insan lain. Namun bagi kisah inpirasi di bawah, ternyata kekuatan seorang isteri ini cukup membuatkan ramai kagum.
Bila suami nak nikah lagi, isteri mana boleh terima? Ada, isteri saya ni la
Melalui Facebook Mohd Safuan, dia membuat sebuah posting panjang sebagai tanda menghargai isteri pertamanya setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Jelas lelaki ini, wanita berkenaan sudah susah senang dengannya sejak zaman mereka belum punyai apa-apa lagi. Tatkala diajukan niat berpoligami dulu, hati Puan Aisyah menjadi sedih namun dia sanggup ketepikan perasaannya demi kebahagiaan suami.
Dia join kelas rawat hati dia…Macam manalah abang tak sayang
Turut mengikuti proses suaminya berjumpa dengan calon-calon isteri kedua, difahamkan Puan Aisyah mencari kekuatan untuk terus tabah termasuklah mengikuti kelas khusus bagi merawat semula hatinya. Pengorbanan besar itu akan dihargai sebaik-baiknya malahan Tuan Muhd Safuan mahu membalas jasa tersebut kelak.
Ada yang cukup dengan sorang isteri…Ada yang perlu dua
Meskipun perkongsian tersebut sangat positif, ada netizen yang bertanyakan soalan mengapa Tuan Safuan tetap berkahwin 2 walhal isteri pertama sudah cukup baik. Dia membuat penjelasan bahawa semua keputusan untuk bernikah lagi adalah bergantung kepada keperluan masing-masing.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment