Ibu yang bakal bersalin semestinya sangat nervous dan bermacam-macam perkara main di fikiran. Malah jika ini adalah pengalaman kali pertama, pasti ada yang takut atau malu jika terberak ketika meneran bayi.
Adakah para ibu akan terberak ketika bersalin? Ini penjelasan doktor..
Menerusi perkongsian oleh Dr. Muhammad Izzat, keadaan itu memang biasa berlaku dalam bilik bersalin. Hal ini kerana, otot-otot yang digunakan semasa meneran bayi adalah sama ketika ingin membuang air besar. Secara tidak langsung, para ibu akan mengalami tekanan pada bahagian usus besar dan rentum ketika bayi sedang ‘lalu’ saluran peranakan sebelum dilahirkan.
Kadang-kadang memang berlaku tanpa sedar…nanti akan dibersihkan
Walaupun kedengaran agak jijik atau memualkan, namun hakikatnya fasa itu adalah normal lebih-lebih lagi jika si ibu memang belum buang air besar. Justeru anda tidak perlu malu, malah petugas perubatan akan bersihkan najis tersebut. Dalam pada itu, Dr Muhammad Izzat turut berkongsi pengalaman lucu ketika berdepan situasi tersebut
Sekurang-kurangnya, ia adalah petanda ibu berusaha dengan teknik betul
Hakikatnya, masyarakat di luar negara turut melalui perkara sama. Ikuti respon para jururawat yang pernah mengendalikan proses ibu bersalin menerusi video TikTok oleh seorang pakar bidan dari Amerika Syarikat ini. Ujar mereka, sekurang-kurangnya ia petanda bahawa si ibu sedang berusaha untuk bersalin dengan teknik yang betul.
@amodernmidwife No nurses were harmed or clocked in. #needtoknow #nonuancenovember
♬ Oh No - Kreepa
Comments
Post a Comment