Kuarantin Tanpa Ahli Keluarga, Pemuda Terkejut Budak Minta Temankan Mandi Skip to main content

Kuarantin Tanpa Ahli Keluarga, Pemuda Terkejut Budak Minta Temankan Mandi

Tak dinafikan, pusat kuarantin di seluruh Malaysia penuh seiring dengan makin ramai yang dijangkiti COVID-19. Daripada yang tua hinggalah anak kecil, majoriti penghuni datang tanpa kehadiran ahli keluarga masing-masing. Justeru, mereka terpaksa berdikari serta pandai membawa diri sehingga dibenarkan pulang.

Kena kuarantin di MAEPS…adik ni datang sorang-sorang tanpa ahli keluarga lain 

Pusat kuarantin MAEPS, Serdang turut menerima penghidap Covid-19 dari negeri-negeri berdekatan iaitu Melaka dan juga Negeri Sembilan. Menerusi video yang pernah dimuat naik oleh saudara Azekkun ke akaun TikTok miliknya, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ijat turut ditempatkan di pusat tersebut tanpa ahli keluarga yang lain

Eh selamba mintak abang-abang kat situ teman pergi mandi…mujur ada yang sudi temankan 

Antara babak yang mencuit hati apabila Ijat yang tidak biasa sendirian selamba mengajak pemuda itu untuk teman mandi. Terkejut dengan perkara tersebut, dia hanya mampu ketawa sebelum ada penghuni lain setuju untuk bawanya bersama. Dalam pada itu, terbaru mereka semua telah pun pulih dan keluar daripada pusat tersebut.

@azekkun

Aduhhh adik takut nak mandi sorang ii weh 😅 Temankn ?? 🤣 (ni video masa awal ii, skrg adik ni da boleh berdikari) #fyp #foryou #foryoupage #explore

♬ Arrangement of "weapon dignity" weakness for funny videos(859697) - yo suzuki(akisai)

@azekkun

Alhamdulillah.. Adik tu da selamat sampai di kampung halamannya 🥰😌😌#kitabaikramaisayang #fyp #foryoupage #foryou #azekkun #buatbaikramaisayang

♬ The Weekend (Funk Wav Remix) - SZA & Calvin Harris

Susah hati mak bapak teringat anak kuarantin…Tapi nasib baik ada ramai abang-abang dia 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat budak lelaki berkenaan. Difahamkan sepanjang berada di pusat kuarantin tersebut, Ijat telah dijaga baik oleh penghuni-penghuni yang lain termasuklah saudara Azekkun.



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari