'Masa nak saman tak nak bincang, bila dah viral tanya kenapa viralkan, benda boleh bincang' - Anggota Penguat Kuasa akan dikenakan tindakan kerana tak pakai mask ketika bertugas Skip to main content

'Masa nak saman tak nak bincang, bila dah viral tanya kenapa viralkan, benda boleh bincang' - Anggota Penguat Kuasa akan dikenakan tindakan kerana tak pakai mask ketika bertugas

Ahad, 13 Jun 2021, jam 3.46 petang, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus berkongsi gambar yang dirinya dikompaun oleh penguat kuasa Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan, kerana tidak mempunyai lesen berniaga. 

Menurut Firdaus, dia dikompaun ketika berniaga di hadapan  Masjid Beijing, Rantau Panjang. Namun apa yang menimbulkan persoalannya adalah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh penguat kuasa terbabit.

"Nak buat macam mana eh? Okay, dia saman kita sebab tak ada lesen penjaja. Tetapi betul ke cara dia buat kerja? SOP duduk mana? Okay bye," tulisnya ringkas. 

Berdasarkan gambar, sangatt jelas menunjukkan anggota penguat kuasa terbabit tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan kompaun terhadap Firdaus. 

Menurut rakan pengadu, Firdaus sebelum itu ada meminta supaya penguat kuasa terbabit memberikan amaran terhadapnya terlebih dahulu. Tetapi rayuan itu tidak diendahkan lalu dikenakan kompaun sebanyak RM250 atas kesalahan tiada lesen menjaja

"Sedangkan dia mask pun tak pakai, MySejahtera tak scan, suhu badan tak imbas. Bila dah viral, dia datang balik ke tempat kawan saya dan cakap kenapa viral, benda boleh bawa bincang. Kawan saya jawab, kenapa tadi (masa keluarkan kompaun) tak nak bawa bincang?" tulis Rashdan Ramzi. 

Susulan dari gambar viral itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap anggota penguat kuasa terbabit kerana tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek berusia 39 itu akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam

"Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

"Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.

"Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit," katanya.

Sumber: FB Muhammad Firdaus, Harian Metro

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M