Neelofa hadiahkan banyak tudung, Elyana terharu terus pakai dalam wad hospital Skip to main content

Neelofa hadiahkan banyak tudung, Elyana terharu terus pakai dalam wad hospital

Penyanyi Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi meluahkan rasa gembira apabila menerima hadiah koleksi tudung jenama Naelofar daripada usahawan dan selebriti popular, Neelofa.

Menerusi laman Instagram, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal memuat naik sebuah video menunjukkan beberapa kotak tudung berkenaan yang dihantar kepada dirinya di hospital.

Thank you Neelofa atas hadiah yang sangat mengembirakan ini. Baru habis buat rawatan, terus dapat hadiah.. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, kebetulan dia hanya membawa sehelai tudung dari rumahnya sekali gus menyifatkan pemberian tersebut sebagai satu rezeki.

“Terima kasih Neelofa. Semoga awak murah rezeki dan bahagia selalu,” katanya lagi yang terus menggayakan koleksi tudung itu.

Malah menerusi InstaStory, Neelofa turut berkongsi semula video Elyana yang berasa kagum dengan semangat dan kecekalan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu dalam melawan kesakitan.

Masya-Allah, saya pulak nak nangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan.

“Moga Allah SWT kurniakan kesembuhan untuk awak,” titip Neelofa.

Terdahulu, Elyana dilaporkan nekad bagi menjalani radioterapi dalam merawat kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak 10 tahun lalu.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari