‘Padah‘ buat FB Live menjelang Maghrib, sesi promosi kerepek dihentikan lebih awal... terus ‘lari‘ ke rumah mak - “Memang jelas nampak benda tu” Skip to main content

‘Padah‘ buat FB Live menjelang Maghrib, sesi promosi kerepek dihentikan lebih awal... terus ‘lari‘ ke rumah mak - “Memang jelas nampak benda tu”

SERINGKALI kita mendengar perkongsian kisah mengenai gangguan yang berlaku pada waktu Maghrib.
Orang tua-tua dahulu juga selalu berpesan agar menutup pintu serta tingkap sebelum Maghrib menjengah, kerana dibimbangi berlaku gangguan lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.
Begitu juga kisahnya dengan wanita ini yang diganggu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi Facebook (FB Live) untuk menjual produk makanan, baru-baru ini.
Memuat naik sedikit sedutan ketika gangguan itu berlaku di aplikasi TikTok, video berkenaan memaparkan wajah wanita tersebut berubah dan sebelum segera mengakhiri FB Live.
"Muka cuak... bila tengah live, ada kelibat lalu," demikian kapsyen pada video tersebut yang sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan dalam tempoh dua hari selepas dimuat naik.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Reen ini berkata, kejadian berlaku tiga hari lalu ketika dia sedang membuat siaran FB Live di rumahnya.
"Saya akan buat FB Live setiap hari, selalunya pagi dan sebelah petang. Masa itu sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu saya hantar dua anak kecil ke rumah ibu yang terletak berdekatan sebentar.
"Saya pulang semula ke rumah dengan ditemani anak sulung berusia enam tahun untuk buat FB Live sekejap. Suami kemudian keluar bekerja sebagai anggota bomba kerana syif malam.
"Sedang buat live dan terangkan pasal produk kerepek, tiba-tiba saya terlihat kelibat sesuatu berwarna putih melintasi tingkap di bahagian dapur yang terletak bertentangan.
"Saya dah cuak sebab memang jelas nampak benda tu lalu, lagi pula tingkap tiga panel tu besar... sempat nampak kelibatnya. Kalau perasan, pantulan imej benda itu boleh dilihat pada peti ais di belakang saya," ceritanya.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, sebaik sahaja mengakhiri FB Live, dia kemudian segera mengajak anaknya menaiki kereta untuk pergi ke rumah ibunya.
"Masa masuk kereta, saya sempat buat 'screen record' video FB Live tadi untuk share dekat grup WhatsApp keluarga.
"Masa dalam kereta tu memang tak ada dengar bunyi apa-apa, tapi bila dengar balik, ada bunyi seperti wanita menjerit dan bunyi tarik kerusi... kemudian baru dengar suara anak sulung saya," ujarnya.
Bercerita lebih lanjut, Reen mendedahkan gangguan tersebut bukanlah kejadian kali pertama yang berlaku di rumahnya yang terletak di Pontian, Johor itu.
"Saya dah hampir dua tahun tinggal di rumah ini. Ia bukan taman perumahan, tapi rumah sewa dalam kawasan kampung. Tahun lalu saya kerap habiskan masa di rumah ibu dan ibu mentua sebab sarat mengandung dan kemudian berpantang.
"Suami pula kerja syif... selepas selesai berpantang, baru pulang ke rumah sendiri. Itulah pertama kali saya diganggu. Saya terdengar bunyi suara kanak-kanak ketawa dan orang mengaji, padahal kawasan kejiranan sunyi dan jiran pun nafi anak-anak mereka ketawa.
"Pernah sekali masa suami bekerja, saya terdengar suara kanak-kanak tengah malam. Masa tu buat tak tahu saja. Tapi makin lama makin hebat, hingga bunyi berdentum dekat atas bumbung.
"Terus saya call ibu dan minta dia datang rumah untuk jemput saya," ujar wanita berusia 27 tahun ini sambil menambah, suaminya turut mengalami gangguan itu.

Reen berkata, dia dan suami berikhtiar dengan menjemput seorang ustaz untuk melakukan ruqyah bagi 'memulihkan' kediaman mereka.
"Tahun lepas, ustaz dan isterinya datang rumah untuk ruqyah. Masa isterinya buka pintu dapur, terus dia beri reaksi seolah-olah sangat terkejut. Namun mereka tak beritahu apa yang berlaku.
"Penghuni lama rumah ini pun pernah kongsi pengalaman diganggu macam yang saya alami juga.
"Sayang pula nak pindah... cuma buat masa sekarang, kami suami isteri mahu berikhtiar dahulu untuk memulihkan rumah ini," katanya lagi.
Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru