Soal kematian memang sudah tertulis untuk semua manusia di dunia ini tetapi cuma masing-masing tidak tahu bila atau di mana ia berlaku. Kadang-kadang ada yang masih lagi sihat namun terlebih awal kembali ke rahmatullah.
Teringat kisah kehilangan suami tercinta 3 tahun lalu…Waktu tengah isi minyak dengan anak
Pahit ditelan, seorang wanita bernama Norliza masih terkesan hingga kini apabila kehilangan suami tercinta Mohd Khamis secara mengejut kira-kira 3 tahun lalu. Mengimbas kembali kisah sedih tersebut, waktu itu Allahyarham sedang berada di stesen minyak bersama seorang anak lelakinya.
Pemergianmu tinggalkan seribu kenangan…Video sehari sebelum Allahyarham pergi
Walau bagaimanapun, si suami tiba-tiba sahaja dilihat rebah sebelum dipangku oleh pekerja stesen minyak berkenaan. Lebih sayu lagi, kejadian tersebut turut disaksikan oleh anak mereka dalam keadaan yang terpinga-pinga dan cuma tercegat di situ. Menerusi rakaman CCTV di lokasi tersebut, Allahyarham Mohd turut dibawa jauh dari kawasan yang mudah terbakar berkenaan .
@eizaamir82 AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. PEMERGIANMU MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN. VIDEO NI SEHARI SEBELUM ARWAH MENINGGALKAN DIRIKU DAN ANAK2😭 DI PG JUMAAT.
♬ Terdiam Sepi - Nazia Marwiana
Rindu yang tiada penghujung…Kini besarkan lima anak sendiri penuh tabah
Namun keesokan hari yang jatuh pada hari Jumaat, suaminya telah pun kembali ke rahmatullah. Sejak itu, Norliza hanya bersendirian membesarkan lima orang anak mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan juga satu perempuan dengan penuh tabah.
@eizaamir82 AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. RINDU TANPA PENGHUJUNG 😭😭😭😭😭😭#KAMIRINDU.
♬ Kemarin - Seventeen
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment