Polis sahkan tiada sebarang elemen jenayah & laporan sudah ditarik
Gara-gara ternampaknya seperti minta pertolongan, pemandu lelaki berusia 80 tahun itu tumpangkan remaja terbabit. Dia lalu ditahan oleh orang awam di sekitar Saujana Rawang sekali gus dituduh melarikannya. Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis mengesahkan tiada sebarang elemen jenayah berlaku dan wanita terbabit turut menarik semula laporan berhubung kehilangan anaknya.
[TERKINI] Satu video tular dikatakan berkait kes cubaan culik kanak-kanak OKU di Saujana Rawang.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 26, 2021
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Bin Mohamed berkata, kes dalam siasatan.
Fakta kes menyusul...@501Awani #AWANInews pic.twitter.com/MyU0iYe1zx
Macam mana boleh terlepas pandang anak istimewa?
Meskipun insiden itu sudah selesai, namun ramai pihak bersimpati terhadap warga emas berkenaan apabila ditendang. Menerusi Facebooknya, peguam yang dikenali sebagai Kheyr Hameed tertanya sama ada individu terbabit sudah buat laporan polis terhadap wanita yang menyerangnya. Selain itu, beliau turut mengkritik bagaimana si ibu boleh ‘terlepas pandang’ anak istimewanya.
Takda tanya apa-apa terus terajang….Kesian tengok muka dia, seluar pakcik tu basah
Di samping itu, rata-rata netizen turut perasan keadaan seluar lelaki tua tersebut dan berpendapat ia mungkin berlaku disebabkan terlalu takut dengan kejadian semalam. Gara-gara kesal dengan sikap melulunya itu, mereka turut berharap agar wanita berkenaan disaman.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment