“Takkan nak tanam kat tepi rumah, lagilah tak logik” - Waris pesakit Covid-19 akhirnya buka mulut isu lewat kebumi jenazah Skip to main content

“Takkan nak tanam kat tepi rumah, lagilah tak logik” - Waris pesakit Covid-19 akhirnya buka mulut isu lewat kebumi jenazah

SIAPA yang tidak sedih ketika berdepan saat kehilangan orang tersayang, dan ditimpa dugaan berganda apabila urusan pengebumian jenazah mengalami masalah.
Begitulah yang terpaksa dihadapi seorang waris apabila jenazah datuk saudaranya yang meninggal dunia akibat Covid-19 lewat dikebumikan.
Kelewatan lebih 24 jam itu membabitkan beberapa tanah perkuburan di Lembah Klang yang 'menolak' untuk mengebumikan jenazah atas faktor kuota dan luar kariah.
Cucu saudara itu, Shahrul Hafis Said, 31, berkata, datuk saudaranya, Allahyarham Hawari Sulaimi yang berstatus pemastautin tetap (PR), meninggal dunia di Ampang, Selangor, Ahad lalu pada usia 61 tahun.
"Walaupun berstatus PR, arwah atuk telah berpuluh tahun menetap di Ampang. Saya sendiri telah dibesarkan oleh arwah sehingga usia saya 10 tahun.
"Kita faham kalau tanah-tanah kubur di kawasan sekitar dah penuh, tapi ada tanah kubur lain yang lebih besar masih tak terima jenazah atuk sebab dah cukup kuota pula.
"Bila ditanya oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) yang membantu menguruskan jenazah atuk, pengurusan kubur-kubur berkenaan timbulkan isu kuota atau luar kariah.
"Kalau ada kematian sudah tentu sesiapapun nak ia dipercepatkan dan mudah. Takkan nak kena tanam kat tepi rumah kot, lagilah tak masuk akal," katanya kepada mStar.
Hafis berkata, daripada enam tanah perkuburan yang dimohon termasuk satu di Ampang, pada awalnya hanya satu di USJ, Subang Jaya yang menerima jenazah untuk dikebumikan.
"Saya kena fikir keadaan nenek yang juga warga emas, pakcik dan makcik saya yang berada di Ampang kalau nak datang ke USJ agak jauh. Lebih-lebih lagi musim Covid-19 ni.
"Kalau boleh dapat tempat dekat untuk memudahkan ahli keluarga menziarah nanti. Masa tu kami merayu kalau dapat di kawasan Gombak pun tak apalah, masih lagi dekat," ujarnya.
Justeru, bapa kepada dua anak itu berasa amat sedih dan terkilan dengan kejadian yang berlaku sehingga merumitkan urusan jenazah datuk saudaranya.
"Rasa nak marah pun ada, sampai tak boleh fikir macam mana perkara ni boleh terjadi. Adakah ia disebabkan Covid-19 atau pilih bulu, saya tak pasti.
"Bagi saya, kalau orang meninggal... urusan jenazah sepatutnya dipermudahkan," katanya sambil menambah arwah datuknya pernah mengusahakan bisnes buah di Ampang.
Bagaimanapun, Hafis amat bersyukur apabila jenazah datuk saudaranya akhirnya dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu di Gombak.
"Rezeki kami dan rezeki arwah atuk kerana dipermudahkan juga sebab ada waris lain yang batal saat akhir, jadi liang lahad yang telah digali tu boleh digunakan untuk kebumikan arwah atuk. Saya rasa lega dan bersyukur sangat," katanya.
Ini bukan perkara main-main. Sebab kita pun tak tahu dapat hidup sampai bila, bila-bila masa pun kita boleh mati. Jadi, soal kematian dan jenazah ini sangat penting SHAHRUL HAFIS SAID WARIS JENAZAH
Sehubungan itu, Hafis berharap pihak berkuasa mengambil perhatian secara serius agar insiden yang berlaku pada jenazah datuk saudaranya tidak berulang.
"Ini bukan perkara main-main. Sebab kita pun tak tahu dapat hidup sampai bila, bila-bila masa pun kita boleh mati. Jadi, soal kematian dan jenazah ini sangat penting.
"Saya berharap pihak berkuasa boleh ambil tindakan, dan kena ambil tahu. Saya berharap sangat perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain," katanya.
Waktu pengurusan singkat
Sementara itu, bagi Norlina Zainal Rashid, 58, walaupun sedih kerana tidak dapat mengebumikan ibunya pada hari yang sama, dia lega kerana akhirnya arwah ibu tetap dapat disemadikan dekat dengan ayahnya yang meninggal lima hari lebih awal.
"Mak saya meninggal dunia sebelah pagi tetapi pada hari dia meninggal tu saya dimaklumkan untuk urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dah penuh, tempat lain ada tapi saya nak tempat yang sama dengan arwah ayah saya iaitu di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur/Karak.
"Perasaan saya memang sedih, kita semua nak kebumikan ahli keluarga secepat mungkin tapi kita tak ada kemampuan memandangkan kita sedang berdepan dengan situasi getir, benda ni isu negara, jadi kita tidak boleh pentingkan diri dan mencari salah semata-mata," kata Norlina yang bertugas sebagai seorang pegawai bank.
Menurutnya lagi, menguruskan jenazah pesakit Covid-19 bukanlah satu tugas yang mudah dan semua prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan adalah demi memastikan tidak berlakunya penularan wabak yang sudah meragut lebih 3,000 nyawa ini.
"Nak uruskan jenazah Covid-19 tidak mudah, saya nak buat pengecaman arwah ayah dan mak pun saya perlu ikut SOP, kena pakai PPE (peralatan pelindung diri) untuk pastikan kita tak dijangkiti.
"Lepas tu kita perlu sanitize, ada langkah-langkah yang perlu kita ikut tapi pada saya, itu bukanlah satu masalah," kata Norlina yang berkesempatan menghadiri upacara pengebumian kedua ibubapanya.
Dia bagaimanapun mempersoalkan tindakan pihak pengurusan tanah perkuburan yang hanya membenarkan urusan pengebumian bagi jenazah bukan Covid-19 dilakukan dalam waktu singkat dari 3 petang hingga 6 petang sahaja.
Norlina juga berkongsi pengalaman mengenai kesukaran untuk membuat tempahan slot kubur memandangkan pejabat urusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dibuka dari 8 pagi hingga pukul 4 petang.
"Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu jawab kenapa waktu terakhir pengebumian bagi jenazah bukan pesakit Covid-19 hanya sampai pukul 8 malam sedangkan banyak kawasan perkuburan sampai tengah malam, kalau untuk pesakit Covid-19 kita faham mungkin ada had dan masalah dari segi petugas.
"Lagi satu pejabat tanah perkuburan buka pukul 8 pagi sampai 4 petang, ayah saya meninggal pagi, tapi kami kena tunggu keesokan hari untuk buat tempahan sebab pejabat dah ditutup.
"Ayah saya dikebumikan keesokannya pukul 3 petang. Pada saya kalau dapat dikebumikan pagi bagus sangat," katanya.
Selain kedua ibu bapanya, Norlina dan suaminya juga disahkan positif Covid-19.
"Kami tak tahu macam mana boleh kena, berturut-turut walaupun masing-masing tinggal di rumah berbeza, saya, suami dan menantu positif, ibu dan ayah saya yang tinggal di rumah lain pun positif, begitu juga dengan adik dan kakak bersama anak-anak mereka yang juga tinggal di rumah yang berbeza.
"Kami semua sudah lebih sebulan tidak berjumpa," katanya lagi.
Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru