Teman kawan pergi interview, wanita reda pulang ke rumah dengan tangan lumpuh! Positif hanya sekejap, 2 tahun bergelut kenang nasib Skip to main content

Teman kawan pergi interview, wanita reda pulang ke rumah dengan tangan lumpuh! Positif hanya sekejap, 2 tahun bergelut kenang nasib

WANITA ini dilahirkan sempurna, namun siapa sangka insiden hitam yang berlaku pada 2016 mengubah kehidupannya ini secara keseluruhan.
Tanggal 12 Mac pasti tidak akan dilupakannya sehingga bila-bila kerana pada tarikh itulah, dia ditimpa kemalangan, menyebabkan tangan kanannya lumpuh sehingga kini.
Perkongsian video di aplikasi TikTok yang mengimbas kembali detik-detik ketika dirinya terlantar di hospital, meraih perhatian netizen.
"Dah lima tahun since that accident. Walaupun pahit, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Jangan letak tanda soal di tempat Allah dah letak tanda noktah," demikian kapsyen video berkenaan.
Mengimbas kembali insiden tersebut, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fida Rosly berkata ketika itu dia menemani seorang rakannya menghadiri temuduga kerja.
"Dalam perjalanan pulang ketika di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), motosikal yang kami naiki dilanggar sebuah bas yang menukar lorong secara tiba-tiba tanpa beri isyarat. Saya yang membonceng terpelanting ke atas jalan.
"Saya tidak sedarkan diri kerana kecederaan yang dialami parah manakala rakan saya hanya cedera ringan. Saya alami patah di kedua-dua rahang, patah tulang belikat dan sedikit kecederaan di kepala.
"Sebaik sahaja sedar, ramai rakan datang melawat. Kawan pegang tangan saya namun hairan, saya seperti tak merasa sentuhannya. Dia cuba cubit pun tak rasa. Terus beritahu doktor dan buat ujian MRI.
"Daripada situ, baru doktor sahkan tangan kanan lumpuh sebab ada saraf terputus," ceritanya kepada mStar.
Wanita ini dirawat hampir sebulan lamanya di hospital, dan sehingga kini dia sudah melalui tiga siri pembedahan.
Menurut Fida, ibunya adalah individu yang paling terkesan selepas doktor mengesahkan bahawa tangan kanannya lumpuh.
"Mak menangis mengenangkan nasib saya... dia tak sangka sampai begini teruk keadaan anaknya ini. Saya pula masa tu tak rasa apa-apa, malah saya tenangkan mak dan kata 'tak apa, kan ada sebelah tangan lagi'.
"Itu masa mula-mula saja. Tapi hari demi hari, apabila struggle nak guna tangan kiri untuk semua perkara, baru saya rasa hebatnya ujian ini.
"Hari-hari saya menangis... mana tidaknya, bukan tahan sakit akibat cedera saja tapi sedikit sebanyak mental terkesan. Saya down dan seperti sukar nak terima hakikat... lahir sebagai insan normal tapi akhirnya jadi macam ni.
"Masa tu dah di tahun akhir pengajian. Saya fikir, macam mana saya nak kerja lepas ni? Takkan bertahun-tahun saya belajar tapi terbazir macam tu saja. Benda inilah kerap bermain di fikiran," ujar bekas penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ini lagi.
Saya tengok muka mak, saya fikir mak saja. Mak dah banyak berkorban untuk hantar saya belajar tinggi-tinggi, takkan saya nak give up. FIDA ROSLY
Menurut anak ketiga daripada empat adik beradik ini, dia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk bangkit dan membina kembali semangatnya yang sudah runtuh sebelum ini.
"Saya tengok muka mak, saya fikir mak saja. Mak dah banyak berkorban untuk hantar saya belajar tinggi-tinggi, takkan saya nak give up.
"Kawan-kawan rapat Alhamdulillah tak pernah tinggalkan saya. Mereka banyak bagi kata-kata semangat. Masa inilah kita dapat lihat, yang mana ikhlas bersama kita atau sebaliknya," kata wanita berusia 29 tahun yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang ini.
Tidak menyangka perkongsian menjadi tular di TikTok, Fida berkata dia sekadar memuat naik kisah dirinya secara suka-suka.
"Saya bukanlah seorang yang terbuka untuk bercerita kepada orang yang tak kenal. Tapi entah kenapa tergerak nak kongsi. Tak sangka ramai yang tonton. Ada yang kongsi pengalaman sama, tak kurang juga ramai yang beri kata-kata sokongan.
"Cuma mesej yang boleh disampaikan terutama yang alami nasib seperti saya, apa yang berlaku ini semua bersebab. Jangan terlalu sedih... Allah uji sebab Allah sayang.
"Dan satu lagi buat majikan-majikan, tolonglah jangan pandang rendah orang macam kami. Saya dah banyak kali kena reject sebab keadaan diri. Usahlah diskriminasi dan menilai fizikal. Ketahuilah kami juga mahu diberi peluang yang sama," ujarnya lagi.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari