[VIDEO] Dihalau Dari Rumah Tengah Malam, Wanita Sayu Bawa 3 Anak dan Ibu Tua ke Hotel Bajet Skip to main content

[VIDEO] Dihalau Dari Rumah Tengah Malam, Wanita Sayu Bawa 3 Anak dan Ibu Tua ke Hotel Bajet

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu mahligai yang dibina berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Namun begitu, setiap pasangan mempunyai perjalanan dan cabaran mereka tersendiri dalam menjalani alam rumah tangga.

Ada yang berjodoh hingga ke tua, ada pula yang terkandas di tengah jalan. Manusia hanya merancang, namun Dia yang menentukan segalanya

Bertahan demi anak-anak yang masih kecil

Walaupun berat mata memandang, namun demi anak-anak ramai pasangan diluar sana berkorban walaupun rumah tangga mereka dilanda ombak dan badai.

Begitu juga dengan kisah wanita ini yang cuba bertahan demi rumah tangga dan mahu anak-anak yang membesar mendapat kasih sayang ayah mereka.

Walaubagaimanapun, akhirnya wanita ini nekad untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak tanpa suami disisi selepas peristiwa hitam yang terjadi dalam hidupnya.

Suami letak barang-barang saya diluar rumah

Menerusi video yang dikongsi seorang wanita menunjukkan barangan peribadinya berselerakan didakwa diletakkan suaminya di luar rumah yang berkunci mengundang sebak netizen.

Memetik laporan dari mStar, Norfaezah Mansor berkata peristiwa hitam itu berlaku pada tahun lepas.

Saya kena halau oleh suami waktu malam

Ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya, termasuk seorang bayi serta ibunya yang berusia 70 tahun dihalau keluar oleh suaminya.

“Saya kena halau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia halau saya.

Saya dihalau dengan mak berumur 70 tahun dan anak-anak yang masih kecil

“Ketika saya dihalau, saya dengan mak berumur 70 tahun serta anak saya yang kecil masa tu umur tak sampai setahun.”

“Saya rasa sedih sangat terutama sekali bila memikirkan tentang mak.”

Saya rasa sangat terkilan dia buat mak saya macam tue

“Saya rasa sangat terkilan dan tak akan maafkan dia sampai bila-bila sebab buat mak saya macam tu,” katanya yang berkongsi video menunjukkan barang-barang peribadinya diletakkan di luar rumah di aplikasi TikTok.

Menurut Norfaezah selepas diusir, dia terpaksa tinggal di hotel bajet di Kluang, Johor selama seminggu sementara mencari rumah sewa untuk didiami mereka berlima.

Kami tinggal di hotel bajet buat sementara

“Saya, ibu dan tiga orang anak saya terpaksa tinggal sementara waktu di hotel bajet, RM100 satu malam.”

“Kemudian saya jumpa sebuah rumah yang disewa RM500 sebulan di Kluang juga. Saya pilih rumah tu sebab dekat dengan sekolah anak saya,” katanya.

Suami kantoi bersama wanita lain ketika saya dalam pantang

Jelas Norfaezah, rumah tangganya mula berantakan apabila suaminya ‘kantoi’ bersama wanita lain sewaktu dia dalam pantang selepas melahirkan ketiga.

Bercerita tentang apa yang dialaminya pada masa itu, Norfaezah yang bertugas sebagai pegawai bank berkata dia pada mulanya cuba memperbaiki serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina selama tujuh tahun.

Mak memang percayakan suami

“Mak memang pada mulanya tak bagi berpisah tapi malam tu saya ceritakan segala-galanya pada dia, masa tu baru dia terima.

“Masa saya dengan suami bergaduh besar mak memang sedih sangat sebab dia memang percayakan lelaki tu,” katanya.

Norfaezah bagaimanapun bertindak bijak kerana sebaik mengetahui bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain

Saya tak nak berpisah fikirkan keluarga dan anak-anak

Dia membeli rumah secara senyap-senyap sebagai persediaan sekiranya rumah tangga yang dibinanya benar-benar tidak dapat diselamatkan.

“Tak lama lepas dia kantoi tu saya tuntut fasakh tapi dia tak nak. Masa dalam tempoh tu kami masih bersama, tak nak berpisah sebab fikirkan keluarga dan anak-anak.

Saya buat persediaan beli rumah senyap-senyap

“Tapi senyap-senyap saya ada membuat persediaan beli rumah. Saya bekerja tapi saya tambah pendapatan saya dengan buat bisnes sendiri.

“Cuma masa saya dihalau rumah tu masih belum siap, dalam lebih kurang enam bulan jugalah saya tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sendiri.

Suami memang tak ada bagi nafkah

“Suami saya sebelum ni pun memang tak ada bagi saya nafkah satu sen pun, saya survive sendiri dengan anak-anak, ” katanya.

“Saya kena halau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan, dia halau saya dengan mak umur 70 tahun serta anak saya yang kecil.”

Teruskan hidup sebagai ibu tunggal kepada 3 orang anak

Setelah hampir setahun, dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada tiga anak yang kian membesar.

Norfaezah berkata sebaik-baiknya, golongan wanita perlu memastikan mereka mempunyai pendapatan mahupun aset sendiri.

Wanita cuba ada aset sendiri supaya tak dibuang macam sampah

“Pesanan untuk wanita, sebahagia mana pun kita cuba pastikan ada aset atas nama sendiri supaya tak dibuang macam sampah.

“Sebagai wanita, kalau suami tak bagi kerja cuba cari jalan untuk ada pendapatan sendiri. Saya cakap sebab dah banyak kes begini berlaku, ” katanya.

Dia yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan turut mengajak ibu tunggal lain untuk sama-sama menjana pendapatan bersamanya.

@norfaezahmansor

Pesanan untuk wanita, mcm mn pun adekanlah aset atas nama sendiri supaya tak dibuang mcm sampah ☺️💪🏻#wanitasabar #wanitakuat

♬ original sound - Pijah Mohamad 🇲🇾 - MMC MASAKMASAKCEKYANA

Lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit

“Saya memang minat sejak kecil, dulu saya rajin tolong mak saya jual nasi lemak tepi jalan, masa saya kerja dulu pun, lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit.

“Saya pernah buka spa dekat rumah dulu dan sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan produk penjagaan kulit, ” katanya.

Semoga kisah ini membuka mata kepada kita semua dan menjadikan kisah ini sebagai contoh dan pengajaran untuk kita semua.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru