Apabila membeli barang-barang keperluan di pasaraya, pernah tak anda merasakan seperti terkena renjatan elektrik setiap kali memegang besi troli? Lebih kelakar lagi apabila perasaan terkejut itu membuatkan mata-mata pelanggan lain terus tertumpu pada kita.
Aku pegang macam kena current…Haram jadah pulun menjerit sorang
Kelakar tapi benar, perkara sama sempat dikongsikan kembali menerusi TikTok Puan Aziemah Azmi Sedang santai menolak troli yang dipenuhi barang dalam sebuah pasaraya besar, dia terkejut lalu menjerit dengan kuat sehingga dipandang orang sekeliling. Rupa-rupanya kejadian ‘mengaibkan’ tersebut berlaku selepas dia tersentuh bahagian besi yang seakan-akan mempunyai arus elektrik. Dalam pada itu, dia juga mengajukan soalan adakah benda tersebut memang benar-benar mempunyai current.
@laffecah rasanya seperti menjadi ironman🤣 #kedahgirl #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypppppppp #fyp
♬ original sound - aziemahazmi_ii - LaffEcah🐊
Perasan tak bawah troli ada dawai meleret? Kalau teruk sangat bagitau pekerja pasaraya
Sebenarnya, fenomena ini dinamakan ‘Electro Static‘ (ES) di mana ia berlaku kerana geseran besi pada tayar troli tersebut. Namun begitu, kadar voltan dan ampere yang terhasil masih lagi mampu ditampung oleh badan manusia. Menjengah ke ruangan komen, nampaknya netizen juga mengakui mereka pernah terkena renjatan sama. Malah lebih pelik ia akan ‘berjangkit’ pada orang sebelah sekiranya terjadi persentuhan kulit
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment