[VIDEO] “Manja dengan Mama sebelum pergi,” Wanita Sebak Anak 10 Bulan Dijemput Ilahi Skip to main content

[VIDEO] “Manja dengan Mama sebelum pergi,” Wanita Sebak Anak 10 Bulan Dijemput Ilahi

Kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.

Detik kehadiran insan kecil ini juga adalah sebagai pelengkap dalam kehidupan rumah tangga.

Namun begitu, setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan yang berbeza-beza sepanjang perjalanan mereka.

Rezeki dipinjamkan anak kecil ini sementara

Ada diantara mereka yang menunggu bertahun lamanya untuk beroleh cahaya mata, ada juga yang dimurahkan rezeki anak namun hanya dipinjamkan sementara.

Begitulah juga kisah seorang ibu yang berkongsi memori indah bersama bayinya sebelum bayi comel ini menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya.

Ibu ini turut berkongsi berita sedih mengenai pemergian bidadari syurganya itu di laman Facebook Bunga Js Reena.

Anak kecil ini hembuskan nafas terakhir pada usia 10 bulan 8 hari

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kebahagiaan yang dibina bersama anak tersayang hilang sekelip mata sahaja selepas bayi itu pergi buat selama-lamanya.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan sedih seorang ibu, Puan Reena apabila anakyang dikandung selama 9 bulan telah disahkan meninggal dunia.

Anak kecil ini menghembuskan nafas terakhir pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 10 bulan 8 hari.

Ibu ini bersyukur dipinjamkan anak kecil ini dalam kehidupannya

Bidadari syurga ini dikenali dengan nama Airisthea Nur Inara Binti Wirman.

Anak ini telah dilahirkan pada 31 Julai 2020 dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Jun 2021.

Redha dengan pemergian anak kecil ini, Puan Reena meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah meminjamkan Thea dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Bidadari kecil syurga ini singgah sebentar dalam hidup mama

“Dengan penuh rasa berat hati dan dukacita dimaklumkan puteri kesayangan kami Airisthea Nur Inara binti Wirman 31/07/2020-08/06/2021.”

“Bidadari kecil syurga yang singgah sebentar dalam hidup mama selama 10bln 8hari.”

Setiap mata yang memandang mesti akan geram dengan kecomelan thea

“Thea seorang anak yang sangat sempurna, putih gebu, comel pipi merah , tinggi. Setiap mata yang memandang thea mesti akan geram dengan kecomelan thea.”

“Tempat thea bukan di sini, tempat thea sana di syurga.”

Mama tahu thea kuat dan bertahan untuk mama

“Mama tau thea penat, thea kuat dan bertahan pun untuk mama. 10/05/2021 thea dimasukkan ke ICU thea sesak nafas disebabkan jangkitan kuman pada paru2.”

“Mama ingat itulah kali terakhir mama jumpa thea, tapi thea kuatkan semangat untuk sembuh supaya mama dapat jaga thea selama 3 minggu dalam wad.”

Thea mahu luangkan masa bermanja dengan mama sebelum thea pergi jauh

“Sepanjang dalam wad thea sama-sama mama thea Sihat dan Happy ja dengan mama.”

“Thea nda kasih tunjuk pun thea sakit rupanya thea mau luangkan masa dengan mama,  manja-manja dengan mama sebelum thea pergi jauh tinggalkan mama.”

Mama halalkan susu mama

“Mama redhakan thea pergi nakkk. Mama tau cukup sudah thea menanggung sakit dan tersiksa.”

“Mama halalkan rahim mama, mama halalkan susu mama. Mama halalkan semua makan minum thea.”

Tunggu mama di pintu syurga

“Damailah thea disana.. tunggu mama di pintu syurga. Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia.”

“Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.”

Redha pemergian anaknya dari terus menanggung derita

Meskipun terkesan dengan pemergian anaknya itu, namun Puan Reena redha dengan pemergian puteri kesayangan daripada dia terus menanggung derita dengan penyakit yang dihidapinya.

Puan Reena berdoa agar dia dan Thea akan dipertemukan di syurga kelak.

Salam takziah buat Puan Reena sekeluarga, semoga kalian diberikan kekuatan dan ketabahan berdepan dugaan ini.

Sumber: yoy

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari