Wawa Zainal buat parodi wanita maki polis – “Nama aku Wawa, Wahid Enterprise” Skip to main content

Wawa Zainal buat parodi wanita maki polis – “Nama aku Wawa, Wahid Enterprise”

Video seorang wanita yang memaki hamun anggota polis di satu sekatan jalan raya (SJR) di Kota Kinabalu, baru-baru ini masih lagi menjadi perhatian warganet di media sosial.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Wawa itu disaman berkaitan cukai jalan dan insurans kenderaan yang tidak diperbaharui selain mendakwa bahawa dia disindir oleh anggota polis berkenaan.

Terbaru, aktres Wawa Zainal menghasilkan parodi sebahagian dialog daripada video tular itu sambil dirakam oleh suaminya yang juga aktor Aeril Zafrel

@aerilzafrel8

Korang tak tahu aku sapa kan??

♬ original sound - Lojer Michael

"Nama aku Wawa, Wahid Enterprise. Kau tanya aku siapa kan?,” ‘miming’ aktres berusia 30 tahun itu sambil menunjukkan produk kosmetik jenamanya.

Walaupun hanya berdurasi lima saat, video yang dimuat naik di platform TikTok milik suaminya itu meraih hampir 820,000 tontonan serta dihujani ribuan komen netizen.

Rata-rata penonton meluahkan rasa terhibur apabila melihat parodi tersebut serta mengakui inilah Wawa yang dikenali mereka berbanding Wawa pemilik Wahid Enterprise itu.

Ni baru la kenal…

Wawa yang ni cantik, sopan…

Menurut laporan media, polis Sabah akan memanggil wanita itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap anggota polis yang bertugas ketika kejadian.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M