Bimbang pasangan curang, seorang wanita bernama Debbi Wood pernah memaksa suaminya mengambil ujian poligraf (ujian pengesan penipuan) dan kerap memeriksa telefon bimbit serta emelnya setiap hari. Ibu kepada dua anak, berusia 44 tahun itu dilabelkan sebagai wanita paling kuat cemburu di Britain, malah pernah melarang Steve, 32, menonton rancangan TV yang menampilkan penyampai TV, Holly Willoughby dan Anne Robinson, yang disyaki merupakan wanita kegemaran lelaki itu. "Saya tak nak dia fikir wanita lain itu menarik. Kalau awak dah ada isteri dan bahagia dengan pasangan, mata awak sepatutnya hanya memandang pasangan sehidup semati sahaja," katanya. Sebagai ganti, Debbi memberi suaminya permainan konsol agar dia tidak kebosanan dan mereka kerap menghabiskan waktu bersama-sama bermain game. Debbie yang didiagnosis dengan gangguan psikiatri dilaporkan menghidap Sindrom Othello, yang menyebabkan dia percaya pasangannya tidak setia. Debbie juga memasang software penapis keselamatan
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia