Tatkala umat Islam lain sedang menyambut Aidiladha dalam suasana sederhana, tak semena-mena tular insiden seorang lelaki yang ‘berdebat’ dengan beberapa anggota polis semalam. Menerusi video berdurasi 15:42 minit yang dirakam sendiri, pemuda itu didatangi pihak berkuasa ketika mengisi petrol kereta di Petaling Jaya.
Enggan pakai face mask, dakwa baca kajian keburukannya…pertikai tugas polis lepas dikompaun
Selain terus terang menolak vaksin, lelaki terbabit juga enggan memakai pelitup muka sambil mendakwa sudah baca kajian tentang keburukannya. Namun begitu, dia tetap dikenakan kompaun kerana ingkar terhadap pematuhan SOP. Sambil merakam video tersebut, individu berkenaan bagaimanapun terus mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu berada di dalam kereta
Satu kejadian seorang lelaki enggan guna pelitup muka di premis awam kemudian bertengkar dengan polis, minta kad pengenalan polis tak fasal-fasal, kemudian tuduh anggota tu samseng.
— Mohammad Faeez Harith |🏴 🇵🇸🤝🇲🇾🏴| (@H_Bakkaniy) July 20, 2021
Lokasi tak diketahui.
Eloklah kalau kena kompaun. pic.twitter.com/kZWPqgWpdF
Pihak polis datang rumah…ditahan kerana halang penjawat awam bertugas
Satu kejadian seorang lelaki enggan guna pelitup muka di premis awam kemudian bertengkar dengan polis, minta kad pengenalan polis tak fasal-fasal, kemudian tuduh anggota tu samseng.
— Mohammad Faeez Harith |🏴 🇵🇸🤝🇲🇾🏴| (@H_Bakkaniy) July 20, 2021
Lokasi tak diketahui.
Eloklah kalau kena kompaun. pic.twitter.com/kZWPqgWpdF
Susulan itu, beberapa polis hadir ke kediamannya malam tadi bagi siasatan lanjut berhubung kesalahan menghalang penjawat awam bertugas. Meskipun telah dijelaskan dengan baik, lelaki tersebut sekali lagi dilihat membuat provokasi dengan meminta pengenalan diri salah seorang pegawai polis yang arahkannya untuk buka grill pintu rumah.
Bapa makan ubat jantung & urut dada, “Jangan letak papa dalam situasi macam ni..” (minit 2:30)
Pada awalnya, ibu lelaki berkenaan kelihatan cemas selepas melihat kehadiran pihak polis. Tidak lama kemudian, bapanya pula muncul sambil mengurut dada dan merayu kepada anaknya supaya bagi kerjasama kepada mereka. Selepas kedua-duanya sudah ditenangkan dan masuk ke rumah, barulah suspek keluar dari rumah dan ditahan di IPD Petaling Jaya.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment