Sebelum ini kecoh dengan isu seorang anak istimewa bernama Bella yang dijaga di sebuah rumah kebajikan, Rumah Bonda ditemukan dalam keadaan mengejutkan. Ramai yang bersuara pembelaan sewajarnya perlu diberikan secara adil. Di bawah pantauan JKM, kini dia ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.
Menurut laporan dari AWANI, bekas penghuni Rumah Bonda pernah melihat keadaan Bella semasa dijaga di rumah kebajikan tersebut. Saksi bercerita yang dia pernah diarahkan untuk hanya memberi makan serta minum sekali dalam sehari.
Pemilik Rumah Bonda ditahan polis…Hadir ke balai beri keterangan
Laporan Harian Metro memaklumkan bahawa pemilik Rumah Bonda yang berusia 29 tahun telah pun ditahan pada semalam. Dia diminta hadir ke balai polis untuk berikan keterangan berikutan laporan dibuat oleh orang ramai terhadap isu adik Bella yang tular sebelum ini. Pihak berkuasa juga telah membuat permohonan reman terhadap wanita tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
Laporan terkini laporkan pemilik Rumah Bonda dibebaskan
Bagaimanapun dalam laporan terkini, dia terpaksa dibebaskan kerana dikatakan pihak polis gagal memperolehi perintah reman berkenaan. Ini termasuklah faktor di mana permohonan reman yang dibuat pada hari ini tidak mendapat kelulusan mahkamah.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment