Adat kalau hidup berjiran perlu masing-masing untuk saling bertolak ansur serta memahami supaya keharmonian dapat dijaga. Walau bagaimanapun, usaha seorang lelaki ini untuk berbincang secara elok dengan jirannya akan satu masalah malah dihiraukan.
Apabila dia yang kurang ajar tapi nak kita hormat dia…Pokok dan buah kau punya, daun gugur aku punya
Beberapa minggu lalu, seorang pemuda bernama Haniff Shukri meluahkan keresahan berkaitan sebatang pokok yang ditanam oleh jiran bersebelahan kawasan rumah miliknya. Sudah bertahun-tahun dia memendam rasa apabila perlu menyapu dedaun kering yang gugur daripada pokok tersebut.
@haniffmykoe apabila dia yg kurang ajar.. tapi nak Kita hormat dia.. 🤔
♬ Biarlah Semua Berlalu - Willy Anggawinata
Dia dah cabar saya, siap main-main negeri…Nak tengok sangat anak Kelantan macam mana kan
Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan juga sudah beberapa kali menasihatkan empunya pokok tersebut untuk bertanggungjawab jaga kebersihan namun tegurannya diendahkan. Jelasnya, pohon itu telah ditanam oleh jirannya di atas tanah milik kerajaan, namun ‘sampah’ seperti buah busuk yang jatuh dibiarkan bersepah di laman rumahnya.
@haniffmykoe andaikata pihak majlis tk boleh buat keje.. ape nak jadi, jadi lah..
♬ original sound - Haniff shukri
Tak boleh bagi muka dah…Cukup lah 6 tahun jadi ‘balaci’ sapu sisa-sisa pokok jiran puaka
Gara-gara sudah penat berulang-alik untuk membuat aduan kepada pihak yang berwajib mengenai masalah tersebut. Akhirnya, semalam Haniff telah membuat keputusan nekad dengan menebang sahaja pohon tersebut seorang diri tanpa pengetahuan pemiliknya
@haniffmykoe Reply to @janjihepi #tuntuthaksebagaijiran #jirandarineraka #kenabertindak #fyp #adabkenajaga #kitajagakita #stayhome
♬ Just Fine - Clutch
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment