“Bukan di India, ini Malaysia!” – Doktor kongsi video, luluh hati tengok situasi terkini hospital di Lembah Klang
Bimbang dengan nasib petugas barisan hadapan selain fasiliti perkhidmatan yang dilihat semakin meruncing, seorang doktor berkongsi satu video di laman Facebook memaparkan situasi terkini di sebuah hospital di Lembah Klang.
Menerusi posting dimuat naik pada 1 Julai lalu, Dr Arisman menyifatkan petugas kesihatan tidak mampu untuk memberi rawatan tahap ‘maksimum’ sekiranya kes Covid-19 terus mencatat empat angka setiap hari.
Menerusi posting dimuat naik pada 1 Julai lalu, Dr Arisman menyifatkan petugas kesihatan tidak mampu untuk memberi rawatan tahap ‘maksimum’ sekiranya kes Covid-19 terus mencatat empat angka setiap hari.
“Tiada seorang pun yang mahu berada di posisi mereka begini. Tapi adakah tindakan dan perilaku kita seharian benar-benar mahu menghindar dari jangkitan ini? Tanya diri sendiri.
“Kita tidak mahu diri menjadi orang yang bakal memerlukan “oksigen terakhir” di hospital suatu masa nanti..
“Sedih melihat keadaan pesakit2 ini. Ya betul. Tapi lebih pilu dan sakit lagi jiwa ini melihat frontliner kita yang berbungkus dalam kelengkapan perlindungan diri (PPE) kepenatan dan BURNOUT setahun lebih begini,” luahnya.
Berikutan itu pada akhir catatannya, Dr Arisman berharap agar petugas kesihatan terus tabah berjuang dalam menyelamatkan nyawa pesakit serta menasihati orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Doakan petugas kesihatan kita tetap kuat. Tabah. Sabar. Diberikan kesihatan baik untuk terus dapat memberikan rawatan.
“Kami merayu masyarakat di luar sana patuh SOP 100% dan duduklah di rumah jika tidak ada kepentingan diluar yang mendesak,” katanya.
Posting tersebut mendapat sebanyak 2,400 perkongsian dan ratusan komen warganet yang luluh hati melihat keadaan serta realiti sebenar dihadapi fasiliti kesihatan negara ketika ini.
Video asal
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment