Cekup Tunang Sorok Skandal Di Bilik, Nada Suara Pemuda Ini Pula Jadi Pujian Skip to main content

Cekup Tunang Sorok Skandal Di Bilik, Nada Suara Pemuda Ini Pula Jadi Pujian

Tempoh bertunang sering digambarkan sebagai satu ujian hebat bagi pasangan-pasangan yang bakal berkahwin. Namun putusnya satu ikatan itu boleh dielakkan jika masing-masing dapat menangani dugaan yang datang. Akan tetapi, hanya Tuhan saja tahu betapa peritnya rasa dikhianati oleh orang tersayang seperti yang dihadapi pemuda ini.

Setelah terjah semua pelusuk rumah, akhirnya si tunang jumpa lelaki tersebut dalam satu bilik 

Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah berjaya menangkap aksi tunangnya sendiri membawa masuk skandal ke dalam rumah. Meskipun pada awalnya gadis berkenaan cuba untuk menyorokkan temannya itu, namun pemuda tersebut meminta untuk berterus terang sahaja kerana bukti sudah berada di depan mata

Tak sampai sebulan perempuan itu fitnah dia…Akhirnya kena tangkap dengan tunang sendiri 

Akhirnya mereka bertiga dapat bersemuka sebelum lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan terkutuk berkenaan sedangkan mereka berdua khabarnya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, malah gadis tersebut dikatakan pernah menjatuhkan fitnah kepada tunangnya sendiri

@shafiq_suhaimi

semoga dijauhkan 😅 #fypmalaysia🇲🇾 #fypindonesia

♬ original sound - shafiq suhaimi

Salute bro masih boleh control marah tak angkat tangan, tak tinggi suara 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama kecewa dengan perbuatan gadis tersebut. Selain memberi sokongan moral, ramai yang memuji pemuda berkenaan kerana masih lagi mampu untuk jaga tutur kata dan bersabar.



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a