Hadiah Birthday Extreme, Suami Bagi Kandang Penuh Lembu & Kambing Pada Isteri Skip to main content

Hadiah Birthday Extreme, Suami Bagi Kandang Penuh Lembu & Kambing Pada Isteri

Sempena meraikan birthday, apakah hadiah paling bermakna yang pernah suami beri pada anda? Jika kita saksikan, kebanyakan orang berada biasanya akan menyediakan kejutan berupa material mewah seperti kereta, baju, telefon pintar atau wang ringgit. Namun berbeza dengan kisah di bawah, apa yang dilakukan oleh lelaki ini kepada suri hatinya cukup membuatkan ramai terkesima

Awalnya cakap dengan isteri nak pergi birthday lunch…Jauh tapi best 

Pada awalnya, Danu Sofwan memberitahu isterinya mereka berdua akan pergi naik ke kawasan bukit untuk makan tengah hari bersama. Untuk itu, Jenita Janet yang merupakan penyanyi negara seberang sudah mengenakan pakaian dan solekan menawan. Namun alangkah terkejutnya apabila mendapati dia dibawa ke kawasan kandang ternakan lembu dan kambing. Disangka sebuah prank, hakikatnya itu merupakan hadiah yang sudah disediakan sejak tahun lepas oleh suaminya.

Cita-cita jadi kenyataan…Untuk suaminya, terima kasih menyayangi sepenuh hati 

Melalui ruangan Instagram Jenita sendiri, dia terharu kerana akhirnya pemberian si suami seakan-akan merealisasikan impiannnya sejak sekian lama. Malahan Janet bersyukur dikurniakan lelaki sebaik itu dalam rumah tangganya.


Dirikan rumah tangga pada tahun lalu…Suami baru hadir beri sinar baru 

Terdahulu, mereka berdua mendirikan perkahwinan pada tahun lalu dan kisah itu mendapat perhatian kerana Jenita pernah bergelar janda sebelum ini. Namun dalam perjalanan dia membuka perniagaan untuk bangkit daripada kegagalan rumah tangga pertama dulu, dia berkenalan dengan Danu sebelum akhirnya bertaut kasih.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru