Ibu Berurut Bidan Lepas Doktor Sahkan Songsang, Janin 9 Bulan Ajal Dalam Perut Skip to main content

Ibu Berurut Bidan Lepas Doktor Sahkan Songsang, Janin 9 Bulan Ajal Dalam Perut

Semakin dekat dengan hari bersalin, kebanyakan bakal ibu sudah semestinya membuat persediaan memandangkan kelahiran bayi ini sukar diduga bila atau di mana tempat yang tepat ia akan berlaku. Namun jika 8 bulan sebelumnya janin berada dalam keadaan sihat, boleh juga berlaku pelbagai komplikasi yang meresahkan termasuklah kandungan songsang.

Bila kita selidik, dia perasan bayi tak bergerak selama 3 jam 

Sama seperti nasib dialami bakal ibu ini yang diceritakan semula seorang oleh jururawat, siapa menduga penantian 9 bulannya menimang anak ranap begitu sahaja. Ketika disoal kali pertama, wanita terbabit cuma memberitahu kandungannya tidak bergerak selama 3 jam berturut-turut. Apabila ditanya lagi supaya menjelaskan perkara sebenar, rupanya dia telah berjumpa dengan seorang bidan.

Dia beritahu ada pergi berurut sebab doktor kata bayi dia songsong 

Gara-gara pakar kesihatan pernah memaklumkan bayinya berada dalam keadaan songsang, dia bertindak pergi berurut dengan bidan sebagai cara alternatif untuk ‘membetulkan’ semula kedudukan. Oleh itu, nurse ini memberikan pesanan kepada ibu-ibu di luar sana agar tidak sewenangnya mendapatkan rawatan berurut kerana risikonya amat besar.

@ieymarozaimah

ambil iktibar dari kes ni ye preggy mommy semua #akakmisi #akakmisisharing #tiktokguru #learnontiktok

♬ It ’s a song that imagines loneliness.(908945) - ARCADE

Kalau songsang biar je. Kalau czer apa masalahnya? Czer pun satu pengorbanan 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terkilan mendengar kisah terbabit. Pun begitu bagi mereka, biarlah semua rawatan diserahkan kepada pakar yang bertauliah sahaja.



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a