Lepas satu kejadian melibatkan seorang pelajar di Kedah…Terbaru kejadian sama berlaku
Setelah baru-baru ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelajar dari sebuah universiti awam di Kedah. Terbaru semalam kejadian sama berulang kembali apabila melibatkan seorang penuntut sebuah institusi awam di Jengka, Pahang yang bernama Adham Hazim.
Anak jiran depan rumah pengsan jam 4 pagi tadi…Family bawa ke kecemasan tak sedarkan diri
Menerusi posting seorang jiran, Allahyarham dikatakan ditemui pengsan oleh keluarganya pada jam 4 pagi dan terus dibawa ke unit kecemasan. Walau bagaimanapun tepat jam 10.55 malam, remaja berusia 19 tahun tersebut akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas seharian tidak sedarkan diri akibat bleeding di bahagian otaknya.
Adham mula rasa pening lepas ambil programming test…Pada Khamis lepas
Menurut rakan, Allahyarham ada mengadu pening kepala selepas perlu menjawab satu bagi subjek programming. Malah Adham juga dikatakan seorang pelajar yang rajin, selain pernah berjaga sehingga jam 2 pagi bagi menyiapkan assignment.
the news about the student from UiTM Kedah is still new and i woke up this morning knowing my classmate is in icu because of pendarahan dalam otak 😭 if you happen to come across this tweet, please pray for my classmate pic.twitter.com/3a5pRX49tW
— arisha 🏴 (@o7991H4) July 10, 2021
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment