Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum berakhir di negara kita, sekatan jalan raya masih diteruskan untuk memastikan tiada rakyat cuba-cuba merentas daerah dan negeri. Namun, urusan penting seperti hal pernikahan atau pekerjaan masih dibenarkan dengan syarat mereka dapat menunjukkan bukti berupa surat perjalanan rasmi kepada pihak polis yang menjaga SJR.
Nak hantar borang nikah…Dengar nasihat dulu dengan abang polis
Menerusi sebuah yang dikongsikan di Tiktok, pasangan lelaki dan wanita ini dalam perjalanan mahu menguruskan borang pernikahan telah melalui sekatan jalan raya yang dijaga oleh pihak polis. Ketika ditahan di roadblock tersebut, pemuda itu memberikan dokumen yang menunjukkan bukti mereka ingin menguruskan hal perkahwinan
5 tahun perkahwinan adalah tempoh mengenali satu sama lain…Banyakkan bersabar
Tidak disangka-sangka, polis trafik yang sedang bertugas pada ketika itu memberikan nasihat tentang rumah tangga kepada pasangan berkenaan. Selain berseloroh agar tidak memasang skandal, dia juga beritahu bahawa 5 tahun di awal perkahwinan merupakan tempoh untuk mengenali antara satu sama lain di mana masing-masing perlu kesabaran tinggi
@rashidismailrashidismail Nak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang jpj #fypシ゚viral #fyp #abang jpj
♬ original sound - Rashidismail Rashidi
Terlampau lama buat sekatan sampai polis jadi pakar motivasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan nasihat bermanfaat yang diberikan oleh polis trafik tersebut. Ada juga yang membuat gurauan kononnya petugas roadblock terlampau lama bertugas sehingga bertukar menjadi pakar motivasi
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment