Kapal Disedut? Engineer Malaysia Dedah Realiti Belayar Laut Segi Tiga Bermuda Skip to main content

Kapal Disedut? Engineer Malaysia Dedah Realiti Belayar Laut Segi Tiga Bermuda

Sering dikaitkan dengan krisis paranormal mahupun alien, itulah yang dikecohkan apabila mendengar tentang laut Segi Tiga Bermuda. Sesetengah orang juga ‘kemaruk’ untuk merungkai misteri laut syaitan berkenaan menggunakan teori ciptaan sendiri. Namun melalui pendedahan engineer Malaysia bernama Bukhori Sulaiman, sedikit sebanyak ia dapat membidas khabar angin yang tersebar selama ini

Lautnya bergelora…Kadangkala berkabus & cerah 

Lucunya sejak ia dicetuskan, ada sahaja individu tampil menjelaskan rahsia di sebalik segala tragedi laut tersebut dengan andaian yang entah betul atau tidak. Jelasnya secara ringkas, keadaan di lautan Segi Tiga Bermuda adalah serupa saja seperti kawasan marin yang lain. 

Keadaan lautnya sedikit bergelora. Kadang-kadang berkabus dan cerah. Di mana-mana pun, laut ni tak menentu. Tapi antara Laut Atlantik Utara & Selatan, memang banyak kawasan berkabus lagi-lagi bila terjadi peralihan musim khususnya dalam waktu panas & sejuk. Contohnya kalau di Texas, musim sejuk pada pagi suhunya adalah 27 darjah Celcius manakala petang dah jadi 0 darjah Celcius. Bila kapal keluar pelabuhan, pandangan jelas tapi kabus semacam bila sampai laut. Sungai pun berkabus. Sebab tu berlaku banyak pertembungan sesama kapal khususnya di Sungai Mississippi.

Harap hantu laut muncul, haram takde 

Mengenai dakwaan bahawa setiap kapal yang melintas di sana akan ghaib ‘disedut’ sesuatu, ternyata ia adalah kenyataan tidak berasas. Insiden berkenaan sebenarnya ada kaitan dengan pertembungan antara kapal yang berpunca daripada cuaca buruk. Sempat bercerita lebih lanjut dengan nada berseloroh, Jurutera Marin Kedua ini pernah melepak di deck kapal sambil mengamati suasana lautan misteri itu. Namun tidak pula berlaku sebarang kejadian mengerikan seperti yang didakwa oleh banyak teori sebelum ini.





Bila lalu je, radio jadi lain macam 

Selain itu, seorang pelayar yang mesra digelar @Asrie turut mendedahkan pengalaman saat berada di Segi Tiga Bermuda. Dia turut menafikan berlakunya kejadian pelik seperti yang digambarkan dalam filem. Tapi dalam masa sama, pernah juga berlaku gangguan siaran radio dan ombak yang ‘menggila’.




Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a