'Kau ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka sedih & nangis penat' - Lana Nordin desak DG Noor Hisham letak jawatan, dibekap pula oleh Rita Rudaini Skip to main content

'Kau ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka sedih & nangis penat' - Lana Nordin desak DG Noor Hisham letak jawatan, dibekap pula oleh Rita Rudaini

Viral di media sosial video sekumpulan petugas kesihatan sedang memindahkan mayat pesakit Covid-19 dari kontena ke kenderaan Hospital Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian adalah tindakan seorang lelaki memakai baju hitam masuk ke dalam kontena tersebut tanpa memakai alat perlindungan diri seperti yang lain. 

Hal itu turut menarik perhatian pelakon, Lana Nordin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 41, yang mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan

"KAU (NOOR HISHAM) PATUT STEPDOWN DAH"

Melalui kenyataannya yang dikongsikan di Instastory, Lana juga mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletak jawatan kerana mendakwa Noor Hisham selama ini hanya berlakon sehingga membuatkan ramai terperdaya. 

"Hebat lakonan, kalah drama Melayu kat Samarinda. Hebat KKM, tahniahlah DG. Kau ni patut stepdown dah. tak habis-habis buat muka kesian and nangis penat. Tapi semua tu kau berlakon saje!! Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kau tu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jadah ni??? 

"Okay pasal kes ni semua DM I apahal ni semua?? Takkan korang tak boleh tangkap?? Tu tengok laki baju hitam tu macam pergi hantar roti kat kedai je. Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal, ahli keluarga tak dapat kebumikan. Katanya sangat bahaya mayat-mayat tu semua. Tapi tengoklah mamat tu, relax je. Yang lain bukan main full uniform PPE. Nasib baik tak buat drama jatuh penat sebab angkat mayat pulak!! Kalau cerita hindustan!! Wake up la, tak habis-habis bagi rakyat FEAR MONGERING!!


"Aku upload sebab jadi tanda tanya apasal brader baju hitam tu boleh je pergi tempat macam tu tanpa PPE yang lengkap? Apa KKM buat SOP tapi sendiri pun tak ikut? Yang sibuk suruh aku ke hospital tak percaya apasal? Faham ke tak video tu? Bebal. 

"Kalau betul bahaya sampai ahli keluarga tak boleh kebumikan, apasal brader tu selamba je datang macam tu? Kenapa frontliner KKM tu tak sound je brader tu? Tak bahaya ke? Oh, nanti kata maybe frontliner kepenatan sampai tak sempat nak tanya brader tu tak pakai PPE lengkap. Agaknya brader tu datang nak hantar roti kot atau check stock. 

"So kalau betul bahaya, mana SOP yang KKM buat untuk rakyat? Kalau sendiri pun tak patuh!! Ni untuk mereka yang tanya  soalan-soalan bodoh kat IG aku. Sedih!!" tulisnya. 

Tidak terhenti di situ, Lana sekali lagi memuat nait status Facebook pengguna lain yang meluah rasa kecewa tidak diendahkan oleh Noor Hisham ketika berada di Pejabat Menteri Kesihatan. Malah individu berkenaan yang dikenali sebagai Yuseri Yusoff merakam gambar Noor Hisham yang tidak memakai pelitup muka. 

"Agaknya dia dah 30 dos vaksin kebal dah. Dalam TV je bukan main nak menangis suara sedih suruh pakai double mask! Pejabat Kementerian awam boleh pula kau tak pakai mask?? Oh lupa, orang kayangan," tulisnya. 

"SAYA TAK RASA STATEMENT LANA TU SALAH"

Rentetan dari tindakannya itu mengundang seorang lagi rakan artis, Rita Rudaini, 45, yang menyokong desakan Lana agar Noor Hisham meletak jawatan. 

Menurut Rita, apa yang disuarakan oleh rakannya itu tidak salah kerana ramai lagi yang mahu Noor Hisham meletak jawatan. Rita juga mengkritik pihak yang mengecam tindakan Lana itu dianggap cuba menyekat haknya untuk bersuara.

"Saya tak rasa statement Lana itu salah. Ramai lagilah yang minta DG stepdown. Bukan Lana seorang je kat Malaysia ni. Tapi itulah, manusia-manusia ni tak ada modal kutuk sampai family dan anak-anak dia. So yang kejinya adalah yang mengeji dan menghina. But sisturr pun sokong DG stepdown. 

"Apa bezanya Lana dengan orang yang minta Jemin Ali, Muhyiddin stepdown? Masing-masing ada hak bersuara kan? takkan korang je boleh suruh menteri-menteri lain stepdown, tapi Lana tak boleh pilih menteri mana yang dia rasa kena stepdown? Korang je ek yang ada hak untuk bersuara? Not fail la kawan-kawan sayang-sayangku.

"Biarlah dia nak suarakan apa pun. Kalau korang pilih Jemin Ali, takkan orang lain pun pilih sama dengan korang?" tulisnya. 

'BIMBO WILL ALWAYS BE A BIMBO'

Namun pengarah dan penerbit, Michael Ang pula tanpa menyebut nama memberi responnya terhadap isu tersebut yang dilabelnya sebagai 'bimbo' 

"I guess a born bimbo will always be a bimbo! Kahwin Mat Salleh and tidur sekatil dengan Mat Salleh pun tetap bimbo. Tapi kadang-kadang bimbo ni tajam juga pisau dia orang! Siapa faham, fahamlah ye!

"Tapi bimbo sedunia kat luar sana, kalau tak ada benda yang cerdik nak disampaikan, sila duduk diam-diam dan janganlah tunjuk kebodohan kat satu dunia. Malaysia dah cukup parah tak payah nak menambahkannya lagi. Buatlah kebajikan ke, bagi kata-kata positif ke. Macam posting aku sebelum ni dan posting ini yang memberi pengajaran kepada bimbo-bimbo di luar sana. 

"Pakai otak sikit eh! Kau orang tak nak ambil vaksin hak u all. Tiada sesiapa yang mempertikaikan. Tapi tak payahlah nak menakutkan orang yang nak ambil vaksin. Belum ada lagi kerajaan atau orang yang dah vaksin paksa orang yang tak nak vaksin untuk pergi vaksin. Tapi kita yang dah vaksin mempunyai hak sama ada nak bekerja atau bergaul dengan orang yang belum vaksin. 

"Lepas tu tak payahlah nak menghina atau memperkecilkan frontliners kita. Diorang dah berkorban banyak untuk kita. Show some respect!," tulis Michael di Instagramnya. 

'HANG NI SUKA MENGHASUT UMAT ISLAM'

Rita kemudian membalas kenyataan Michael, "Semua isu hang nak masuk, semua isu hang nak cakap. Hang dah cukup sempurna ka? Hang ni suka menghasut umat Islam, rakan industri dan sesama artis bertelagah. Hang ni ada masalah mental or kemurungan kah? 

"Letak je nama terus nyah. Perangai hang ni tak berubah ye sampai hang masuk Islam. Hang jangan ingat hang selalu di atas ya. Hang kita ingat doa-doa orang yang hang nganjingkan. Hang nak tahu Allah tu Maha Kaya? Insya-Allah," tulisnya. 

Sumber: thereporter

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a