Nampaknya nama pendakwah popular, Ebit Lew masih terus diperkatakan sehingga kini. Namun bukan mengenai misi kemanusiaan di Gaza, sebaliknya ada pula isu yang kurang sedap untuk didengari.
Menerusi pencarian di laman Twitter, warganet rancak berbual tentang dakwaan sebuah ‘video’ berkaitan pendakwah tersebut yang dikatakan sudah mula tersebar di media sosial.
Isu berkenaan turut mengundang tanda tanya orang ramai, dimana ada segelintir berusaha mahu mencari jawapan kepada punca sebenar tetapi masih tidak berhasil.
Susah nak percaya zaman ‘deepfake’ ni
Ada pihak akan mulakan serangan?
Justeru persoalan di sisi lain, mengapa satu persatu perkara timbul ketika ini seolah-olah ada pihak yang mahu menjatuhkan pendakwah berusia 36 tahun itu?
Walaupun terus menjadi bualan ramai, sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada Ebit berhubung dakwaan tersebut.
Terdahulu, nama Ebit mula hangat diperkatakan selepas penyanyi rap Caprice berkongsi mahu melakukan pendedahan berkaitan misi jihadnya ke Gaza.
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment