'Kerajaan Kedah dah agih lebih RM100K bakul makanan kepada rakyat memerlukan sebelum kempen naikkan bendera putih' - MB Kedah Skip to main content

'Kerajaan Kedah dah agih lebih RM100K bakul makanan kepada rakyat memerlukan sebelum kempen naikkan bendera putih' - MB Kedah

Kerajaan negeri Kedah, telah mengagihkan lebih 100,000 bakul makanan kepada rakyat yang memerlukan di negeri itu sejak Mac tahun lalu sehingga kini, meskipun tanpa kibaran 'bendera putih'.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menerusi hantaran Facebooknya malam tadi berkata, bantuan itu diagihkan kepada rakyat di negeri itu yang terkesan, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Tanpa bendera putih pun, selama lebih setahun kerajaan telah menyediakan lebih 100,000 bakul makanan kepada rakyat yang memerlukan, dan puluhan ribu lagi melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Untuk PKP3.0 ini saja pun sudah 48,000 bakul makanan.

“Saya faham maksud menaikkan bendera putih sebagai satu inisiatif yang murni daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin, tetapi bila ia mula dirampas dan dijadikan alat politik oleh pembangkang, untuk menggambarkan kerajaan gagal membantu rakyat yang terputus bekalan makanan, maka ia sudah tidak putih lagi.

“Campur tangan mereka (parti pembangkang) itu sentiasa membawa kecomotan kepada niat yang murni. Sebagai wakil rakyat, bantulah rakyat yang dalam kesusahan mengikut posisi, keupayaan dan kesanggupan masing-masing,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, kakitangan agensi kerajaan yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan petugas PKWR, bekerja siang malam membantu tanpa memandang bendera dengan pergi ke setiap lorong dan kampung, membantu rakyat yang memerlukan.

“Kita bina sistem dan mekanisme pengagihan yang terbaik dan selamat untuk semua pihak. Beri nama dan alamat mereka yang memerlukan, petugas PKOB akan hantar dan jika sukar menembusi talian PKOB, beri nama-nama itu kepada wakil rakyat kerajaan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga sejak setahun lalu telah menyediakan bank makanan (foodbank) di 578 buah masjid, yang boleh diambil secara percuma oleh mereka yang memerlukan.

Sementara itu, beberapa Ahli Parlimen di Kedah telah mula mengatur gerak kerja bagi mengagihkan bakul makanan kepada penduduk di kawasan masing-masing, dengan dana RM300,000 yang diberikan kerajaan pusat, menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan, pihaknya akan mula mengagihkan bantuan itu mulai hari ini kepada penerima yang layak, berdasarkan maklumat diperolehi pihaknya.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula berkata, pihaknya sudah menerima peruntukan itu dan agihan kepada penerima sedang dilaksanakan.

Sumber: Bernama

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru