Aplikasi TikTok sejak beberapa tahun lalu terus menjadi medium orang awam untuk berhibur sambil menenangkan fikiran. Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu trend di mana gadis-gadis muda gemar merakam kelibat petugas awam khususnya askar atau polis yang sedang menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR)
Edit video Abang Polis di SJR
Lebih tidak masuk akal, mereka akan menyunting video tersebut dengan menambahkan lagu-lagu bertemakan cinta seolah-olah sudah bertemu jodoh. Lagi galak apabila content mereka viral hingga memasuki FYP
Rakam polis di roadblock, sekali isterinya masuk komen…Kita sama-sama perempuan
Terdapat sebuah video sama telah tular malah pihak si isteri nekad menegur perbuatan individu yang sewenangnya merakam suaminya ketika bertugas. Dek kerana merasakan tindakan sebegitu tidak sewajarnya dinormalisasikan, seorang gadis dengan akaun @fyraamalekk tampil berkongsikan pendapatnya. Meskipun permohonan maaf sudah dibuat oleh tuan badan, namun dia beranggapan video asal terbabit tetap perlu dipadamkan agar tiada sesiapa terguris hati.
@ig.fyraamalekk__ SEBAB SAYA KESIAN DENGAN BINI DIA @farahinshuhada10 , kita sama ii perempuan , cuba kau kt tmpt bini dia ? then ada orang rakam sama ape yg ko buattu?
♬ original sound - fyraamalekk__ - RARA๛
Saya bini polis, memang perati je orang macam ni…Kalau terkena, aku cari sampai dapat
Melihat pesanan daripada gadis tersebut, rata-rata netizen amat bersetuju malah wanita yang bergelar isteri kepada petugas beruniform juga resah memikirkan trend berkenaan. Adat sama-sama bergelar golongan perempuan, mereka berpendapat wanita seharusnya memahami perasaan masing-masing andai kata berlaku kejadian sama.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment