Sebagai ibu bapa, persiapan duit simpanan anak adalah sangat mustahak untuk masa depan anak. Namun Zarina Zainuddin baru-baru ini terkejut apabila mendapati saving anak bongsunya habis selepas berbelanja lebih RM10 ribu untuk beli 3 online games.
Zarina Zainuddin terkelu wang simpanan RM23,000 cuma berbaki RM3 saja…bagi anak pegang kad bank
Terdahulu, dia berkongsi video yang memperlihatkan Adam mengaku kesilapannya itu di laman Instagram. Selebriti ini akui memberi kad bank tersebut untuk dipegang oleh anaknya, namun akhirnya terkelu apabila mendapati wang simpanan sebanyak RM23,000 kini cuma berbaki RM3 sahaja.
Bukan suka-suka nak aibkan anak…cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa lebih peka
Namun video berikut telah dipadam kerana dikecam netizen. Mereka mendakwa Zarina Zainuddin seolah-olah jatuhkan air muka serta mengaibkan anaknya. Walau bagaimanapun, pelakon drama ‘Budak Tebing 2’ itu menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya, dia jelaskan hanya mahu perkara ini dijadikan sebagai iktibar kepada ibu bapa di luar sana
Nak malu apa, duit sendiri…bukannya dia mencuri
Ujarnya lagi, Adam memang mengguris kepercayaan yang telah diberikan namun sekurang-kurangnya itu adalah duit simpanan miliknya sendiri. Dalam pada itu, Zarina akui sangat tegas dengan anak-anak. Justeru mereka bukan saja perlu mengaku kesilapan yang dibuat, malah kena tanggung sendiri akibatnya.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment